Followers

Wednesday 29 August 2012

Hanya Pada Dia~

Aku kenal Iz masa umur aku 17 tahun nak masuk 18..Masa tu aku baru lagi beberapa bulan masuk universiti.Aku bertemu dengan dia di satu konferens universiti.Kebetulan pada masa tu aku dibawa oleh sorang abang senior di universiti aku yang bermurah hati untuk membawa aku kekonferens tu (Abang senior tu cuba untuk mendapatkan aku sebenarnya..heheh).Kali pertama Iz tegur aku,sewaktu tu aku tengah berjalan nak ke tapak konferens dan Iz yang datang dari belakang peluk bahu aku & bertanya "Dari universiti mana ni?"..Masa tu aku penat sangat sebab perjalanan di dalam bus terlampau lama plus aku tak cukup tidur,jadi aku menepis tangan Iz dan menjawab dengan nada yang tiada mood.Selama beberapa hari berkursus disitu,Iz terus cuba merapati aku sehinggakan abang senior yang bawa aku ke konferens tu rasa cemburu,aku dapat rasakan abang senior tu berminat dengan aku.Panjang cerita pasal abang senior tersebut sebenarnya.
Aku mula rasa suka dengan Iz sebab pertama mungkin kerana dia agak ada rupa,senyuman dia comel dan dia sangat-sangat baik dan layan aku dengan lembut.Aku masih ingat kali pertama dia usap tangan aku.Masa tu aku buat-buat inoncent depan Iz.Haha..Secara kebetulan ataupun memang rancangan Iz,dia berjaya dapatkan no fon aku.Nak dicerita secara detail mungkin agak panjang jadi pendek cerita aku dan Iz saling berbalas mesej selama lebih kurang sebulan.Perbualan fon pertama kami adalah sebulan selepas itu.Kemudian Iz ajak aku berjumpa.
Our first personal meeting,aku sangat berdebar dan takut.Sebab masa tu aku tak pernah ada pengalaman tentang dunia PLU secara rasminya,aku tak pernah dating dengan sesiapa ataupun terlibat secara mendalam dalam dunia PLU,pengalaman pun mungkin beberapa 'kisah' di asrama.Aku beranikan diri untuk jumpa Iz selepas dia berjaya yakinkan aku.Dan sebenarnya aku memang sudah jatuh hati dengan Iz sebab pada masa tu aku dapat rasakan yang dia jujur dan ikhlas.Iz sangat baik.Kami berjumpa buat kali pertama secara intim,aku masih ingat kali pertama Iz peluk dan Iz jugak yang mencuri first kiss aku.Dalam suasana bilik yang gelap,Iz cuba menerokai intimasi kami dengan lebih lagi,aku & dia diburu nafsu,dihanyutkan pujukan syaitan.Iz mahukan hubungan penetrasi tetapi aku tak yakin untuk lakukan sehingga ke tahap itu pada masa tu kerana aku rasakan yang aku masih muda lagi,baru 17 tahun.Iz sekali lagi yakin kan aku dan malam pertama kami berjumpa dia berjaya menakluki aku sepenuhnya.
Aku mula rasakan yang aku jatuh cinta kepada Iz,dia umpama seorang kekasih yang romantik,abang yang penyayang.Pada masa tu aku dapat rasakan yang dia lah syurga aku,aku serahkan segala kepercayaan aku kepada dia.Aku sangat menyayangi Iz.Aku rindukan dia sekarang.Aku mahu jadi sekuat Iz.Menjadi sekuat dia yang berjaya mengikis rasa sayangnya pada aku dan menjadi seperti dia yang berjaya membuang aku daripada  hidupnya tanpa secebis perasaan..Aku mahu buktikan kepada dia yang aku bukan selemah yang dia sangka.Aku mahu berubah Ya Allah..tetapi duri yang menghalang perjalananku terlampau tajam.Aku takut aku tidak kuat untuk meninggalkan dosa-dosa ini kerana disaat ini setiap detik,setiap hembus nafas aku masih mengingati Iz.Aku tak mahu lelaki lain sebagai ganti Iz,yang aku mahukan hanyalah kehidupan yang lebih tenang,kehidupan yang Engkau redhai.Aku tidak mahu lelaki lain Ya Allah..Aku mahukan kebahagiaan yang hakiki di jalanMu...Amin.

Sunday 26 August 2012

As Gay Life Goes On!

Selamat Hari Raya semua yang membaca blog 'Hidden Love'

Hari  ini dah masuk hari raya yang ke-5.Banyak benda yang berlaku sepanjang Ramadhan.Well,pada akhir-akhir Ramadhan Iz hantar mesej kepada aku dan menkomfirmkan aku telah dia 'CERAIKAN'.Haha..
Sedih?? Perit woo.Aku sayang dia,even sampai harini sayang dia lagi.Tapi,aku bersyukur sebab ianya berlaku dalam bulan Ramadhan.Kalau dalam bulan biasa mungkin aku takkan setabah ni dan mungkin juga aku akan meroyan tak dapat teima hakikat.Aku tengah cuba lupakan Iz.Dan aku yakin Iz dah berjaya lupakan aku.Dia even kata lepas ni dia akan cari lelaki yang lebih tua ataupun sebaya dengan dia supaya dia mungkin lebih happy lepas ni.Walaupun dia tak kata kenapa dia nak cari lelaki dalam ranking tu tapi aku faham maksud dia.Maksudnya dia nak katakan bahawa aku  tidak matang dan terlampau kebudak-budakan.Bila dah hilang sayang macam-macam boleh jadikan,sedangkan masa awal-awal dulu dia suka perangai manja-manja gay aku!Haiz...

I'm struggling now.Untuk lupakan dunia PLU.But unfortunately aku masih lekat kepada beberapa fasa.Fasa yang paling mencabar.. 'SEKS'.. oh uh...Aku dah pernah lakukan 'benda' tu dengan Iz dan siapa yang pernah 'buat' tahukan macamana rasanya dan macam mana susah nya nak kawal nafsu.Even kadang-kadang bila makan pisang pon aku boleh terbayang aku tengah telan benda lain.I Miss the Intimacy between aku dengan Iz dan perasaan rindu tu buat aku rasa berdosa dan malu.Aku selalu merayu pada Allah SWT agar ampunkan dosa aku tapi dalam masa yang sama aku selalu bayangkan 'yang bukan-bukan'.Oh..sakitnya jiwa  & hati ni.Tapi aku akan cuba jugak!Readers,doakan aku ya!Mana tahu ada doa diantara kamu2 yang lekat.

Bercakap tentang perpisahan aku dengan Iz.actually aku rasa lebih tenang sebenarnya.Antara sebab paling utama,aku tak perlu menipu lagi!!Selama berhubungan dengan Iz ramai orang yang aku bohong semata-mata untuk coverline hubungan kami.Hmmm.Aku bersyukur aku tak perlu lagi rasa takut-takut macam dulu lagi.Dan ironinya,baru-baru ni ada seorang 'mamat' yang nak berkenalan dengan aku dan nama dia 'Iz' jugak.Ini bukan cerita rekaan aku.This is not a spam!Hehek.Dan  bila aku bayangkan 'pisang' aku rasa nak teruskan berkenalan dengan dia, tapi dalam pada masa yang sama aku tak nak ulangi lagi benda bodoh yang sama.Aku tak nak pisang berbuah dua kali.Huhu...I try my best to avoid knowing him.Till then,sekali lagi aku ucapkan selamat hari raya dan apa yang baik daripada blog ni korang simpan dan apa yang buruk korang jadikan teladan dan apa yang tak membangunkan minda sila tongsampahkan.. Assalammualaikum!Terus berjuang saudara-saudaraku!

Friday 20 July 2012

Dunia Gay Perlu Berakhir!

Assalammualaikum kepada semua yang membaca blog ni.Walaupun sudah jarang aku update & isu-isu yang diutarakan agak mengarut disitu.Haha..So,aku & Iz sekarang dah tak macam dulu.Aku tak pasti sama ada kami dah 'clash' atau pon tidak.Yang pasti sekarang no phone call,no messages,no contact.Aku dah delete phone number dia dari contact aku,last aku mesej dia just untuk wish besday dia.Aku semakin redha & dapat menerima keadaan ini.Iz sendiri dah kata yang dia tak tahu sama ada dia sayang aku lagi atau pon tak.Aku sudah merayu dia untuk berjumpa & selesaikan masalah ni,dia tolak dan beri alasan yang dia banyak urusan & tiada duit.Selain tu dia marah-marah aku lagi dan aku rasa cukuplah..Ramadhan pun akan menjelma.Maybe this is the right time,maybe ALLAH SWT nak bukakan jalan untuk aku.Instead of aku rasa sedih sangat dengan keadaan ini tapi bila aku fikir balik,aku patut happy sebenarnya,aku dah tak perlu lagi hidup bergelumang dengan dosa ini.

Honestly,aku sangat takut dengan perpisahan ini,aku takut yang aku tidak cukup kuat & aku sendiri sayang sangat dekat Iz.Tapi seperti yang aku katakan dulu,sayang dalam perhubungan PLU ini tidak akan sampai ke mana.Yang ada cuma seksa.Ya,memang seksa cinta sejenis.Dan bila dalam keadaan sekarang aku sendiri dapat merasakan sedikit ketenangan & kebebasan.Aku harap dengan kehadiran bulan Ramadhan ini akan membukakan pintu hati aku untuk berubah seterusnya meneguhkan lagi prinsip & pegangan aku untuk terus menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.Aku yakin andai betul-betul satu hari nanti bila Iz mengatakan yang dia betul-betul mahu melepaskan aku,aku akan jadi lebih tabah.Aku tak akan mencari cinta lelaki lagi.Sebab aku tahu menjadi PLU itu bukan takdir!Aku yakin!Allah SWT tak pernah mentakdirkan seseorang itu jadi apa yang dia laknati!Aku cuma tersesat & terkeliru dengan kata hati,terlalu menurut nafsu sonsang yang akhirnya menghancurkan diri aku sendiri.D

Aku mengharapkan jodoh yang baik untuk diri aku.Aku harap suatu masa nanti akan ada seorang wanita yang mengetuk pintu hati aku & mampu bersama-sama membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya.Walaupun aku mungkin tak layak untuk mendapat seorang wanita yang baik,tapi aku yakin & berpegang teguh kepada janji Allah SWT.Jika aku berniat dan berusaha ke arah kebaikan,DIA akan mempertemukan aku dengan orang-orang yang baik-baik,dan DIA akan melorongkan aku ke arah jalan yang baik.Mungkin aku akan diuji,tapi ia cuma sebagai tanda kasih-NYA kepada hambaNYA.Lelaki itu diciptakan untuk perempuan dan sebaliknya,jadi aku yakin & pasti yang masih ada nafsu kepada perempuan dalam diri aku cuma kau sendiri menghijabkannya.Aku yakin!

Aku sayangkan Iz,dan aku harap Allah SWT akan membantu dia juga untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik,Aku mahu dia bahagia dan aku harap Allah SWT akan mempertemukan jodoh yang baik juga untuk dirinya!Aku tahu Iz seorang lelaki yang baik dan aku harap kami berdua akan masih dipandang oleh Allah SWT.Aku ingin berubah,Aku tak mahu ibu bapaku bersedih dengan realiti hidup aku ini,aku tak mahu sampai mereka tahu siapa aku sebenarnya,aku tak mahu kawan-kawan yang aku sayang tinggalkan aku apabila mereka tahu sisi hitam hidupku.Permudahkanlah jalanku Ya-Allah..sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini,aku harapkan sesuatu yang lebih baik terjadi pada diriku!Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday 2 July 2012

Untitled

Assalammualaikum..


Kadang-kadang,aku jadi keliru dengan situasi aku sekarang.Terlalu banyak yang terjadi.Aku dan Is dah tak seperti dulu.
Masuk bulan Julai ini sudah cukup 3 bulan aku tak berjumpa dengan dia.Dan cukup 3 bulan ini juga hubungan kami makin hambar.
Mesej yang jarang masuk dalam inbox,call yang jarang daftar didalam Log.Aku tak tahu apa situasi kami sekarang.
Dia jarang hubungi aku kalau aku tak hubungi dia,dan mesej dia semua seperti tak berminat untuk berbual dengan aku.Bila aku talifon hanya aku yang lebih banyak bercerita.Dia semakin bosan dengan aku.Tapi dia tak pernah kata  yang dia mahu tinggalkan aku.
Aku rindu dia yang dulu,tapi bila aku katakan yang aku rindu dia yang dulu dia akan kata 'jangan samakan dulu dengan sekarang'.Aku sedih sangat.
Bila aku tanya sama ada dia rindu aku,dia kata 'Ya',
Bila aku tanya sama ada dia sayangkan aku dia cuma kata 'Ya' juga,...
Bila aku tanya bila kita nak jumpa,dia kata 'Entahlah adik'...
Bila aku kata cepatlah jumpa aku,dia cuma kata..'Abang nak buat macam mana?'..
Dia kata dia tak mahu jumpa aku sebab dia malas nak naik bus,penat 10 jam naik bus,..Tapi sebelum ini aku yang banyak datang kepada dia,dan aku tak pernah merungut penat naik bus.
Aku tak tahu apa yang dia mahu dari aku,kalau dia sudah bosan,kenapa dia tak katakan yang dia mahu tinggalkan aku.
Tapi,sebenarnya dalam hati aku sangat sakit dan takut dia tinggalkan aku.
Aku takut aku lebih terjebak dalam dunia PLU ini,Sebab aku rasa lebih selamat dengan dia,aku setia pada dia.J
ika tanya aku sama ada aku sayangkan dia jawapan nya 'Ya!'.Setiap hari aku tak pernah sunyi mengigati segala kenangan kami,
Aku kadang-kadang rasa terjerat.Sebab pada masa yang sama aku cuba untuk melupakan hidup PLU,sangat menyakitkan kehidupan sebegini.
Aku cemburu melihat lelaki-lelaki lain yang mampu bercinta dengan wanita tanpa perasaan songsang.Aku Cemburu!Aku mahukan kehidupan sebegitu.
Aku penat mencintai Is..Aku penat dengan perasaan aku sendiri.Aku penat melawan keinginan sendiri.

Aku harap kawan-kawan di blog ni yang lebih berpengalaman tolong berikan aku nasihat sebab aku sangat-sangat keliru dengan diri aku sendiri.

Friday 8 June 2012

Dont Start The Fire



For all the reader terutamanya yang ada nafsu kepada lelaki tapi  tak pernah lagi walau sekalipun terlibat dengan hubungan cinta sesama lelaki..Better watch ur back...

STOP yourself from being dumb and start a new life..Since korang tak pernah lagi terlibat better menjauhkan diri..Believe me!It is wayyyyyyyyyyyyyy better that way...

Because gay love hurt!Like a thousand knife stab in ur chest... :(

Bila kau tahu yang orang yang kau cinta takkan pernah kau miliki macam angan-angan mat jenin!Akhirnya jatuh ke tanah diri sendiri yang sakit.Percayalah!Aku dah rasa... Sakit sangat!

Mungkin aku belum cukup matang tapi  aku masih tak dapat coop dengan environment ini..Kalau diberi peluang sekali lagi aku takkan pernah cuba-cuba mendekati ataupun melayan Is dari awal dulu.Tapi aku sekarang dah terjerat.Dan jerat ni sangat kukuh sampaikan aku luka berjuta kali namun masih tak dapat meloloskan diri aku lagi.

Serahkan hatimu pada Yang Esa, serahkan tubuhmu pada yang halal dan percayalah kau akan lebih bahagia!Jangan jatuh dalam perangkap ciptaan sendiri!

Friday 1 June 2012

GayDar aka Gay Radar


Assalammuailaikum..
Aku tengah cuti ulangkaji sekarang ni..Memandangkan dah lama tak balik kampung,so aku decide untuk menghabiskan cuti ulangkaji aku kat rumah aje..Memang aku tak buka buku langsung la..Haiz...

So,semalam aku pergi la berjalan-jalan dekat Dataran Pahlawan,pergi tengok wayang,pergi jalan-jalan A'Famosa,etc...Then aku nampak sepasang lelaki ni beli aiskrim McD..Heheh..Dan entah kenapa aku dapat merasakan yang mereka adalah pasangan gay dari cara mereka bercakap , berbalas senyum , cara dia pegang bahu lelaki lagi sorang tu..Teringat jalan-jalan dengan Is..Aisey..Rindulah!

Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya pasal radar gay..Korang yang sama jenis macam aku ni (macam kita ni spesies apa je kann..) pernah tak rasa macam tu..Mestikan!Kita macam dapat detect orang tu sonsang daripada cara dia..Mungkin cara dia berpakaian,cara dia berjalan, atau even cara dia pandang & senyum kat kita..Aku boleh katakan gay radar aku berfungsi 90% tepat..heheh..Hati aku akan terdetik sesuatu yang lain bila aku dekat dengan golongan PLU ni..

So,adakah gay radar ni dibuktikan dengan sains!Definitely YES! Hhaha..Aku baru tahu sebenarnya..Aku tak sangka pulak memang ada orang buat research..So ni antara finding aku dari Encik Wiki ..


"Gaydar (a portmanteau of gay and radar) is a colloquialism referring to the intuitive ability of a person to assess others' sexual orientations as gaybisexual, or straight. Gaydar relies almost exclusively on non-verbal clues and LGBT stereotypes. These include (but are not limited to) the sensitivity to social behaviors and mannerisms; for instance, acknowledging flamboyant body language, the tone of voice used by a person when speaking, overtly rejecting traditional gender roles, a person's occupation and grooming habits."


"A number of scientific studies have been conducted to test whether gaydar is real or just a popular myth. Perhaps the earliest study[5]asked people to judge sexual orientation from video clips, with results concluding that it was a myth. A later and more rigorous study published in a prestigious psychology journal showed that people could accurately judge sexual orientation"


"individual facial features (just the eyes) can sometimes give enough information to tell whether a man or woman is gay, straight, or lesbian"


" People seem not to know that they have gaydar, though.[12] Gay men have better gaydar than straight men[16] and women have better gaydar when they are ovulating"


Dan banyak lagilah...hehe..Korang bolehlah baca kat sini!Kelakar jugak kan...So,lepas ni apakata bila kita ada rasa gaydar kita kat seseorang tu kita terus tanya "Kau ni gay aeh?Aku boleh bau!" hakhak..


Apapun , jangan lupa terus memperbaiki diri kita hari demi hari,.Mungkin satu hari nanti kita boleh hidup aman tanpa gaydar..sebab bagi aku ia agak menyusahkan..Hmm..Hahhaa... Selamat Berjuang semua! :)


Tuesday 29 May 2012

Benarkah Ini Cinta?


Assalammualikum...
Ada tak pembaca blog ni yang pernah bercinta...Tak kisah lah dengan lelaki atau perempuan..
Sebab,aku terkeliru..Apakah yang aku rasa pada Is (Si Dia) adalah cinta...
Sebab jika ia adalah cinta,Allah SWT akan menghadirkankah rasa cinta aku kepada sesama lelaki juga?
Tapi kalau ini bukan cinta , ia adalah apa? Huhu...
Ciri-ciri orang bercinta tu semua ada pada aku dan dia...Sayang,cemburu, merajuk,cakap I Love U, buat benda-benda sweet macam pasangan heteroseksual yang lain dll... Tapi selama tempoh kami bercinta ini tak da lah kami menetapkan dia sebagai suami atau aku rasa aku ni macam isteri...Agak gei bagi aku... Apa yang kami rasa , kami sayang masing-masing.... Kami rindu bila jauh...Kami cemburu bila ada yang cuba rapat pada pasangan kami...Kami merajuk bila dia tak mesej atau tak call sehari suntuk...Kami ingat dia dari celik mata sampai tertidur...
Cinta Homoseksual dan Heteroseksual bagi aku lebih kurang sama saje...Bezanya cinta Homo perlu sembunyi-sembunyi dan berdosa...Tapi rasa cinta itu berdosakah?Berdosalah kan...Sebab kita sebagai manusia yang diberikan akal sepatutnya tahu pada siapa kita patut meletakkan rasa cinta kita..Patutkah kita salahkan naluri ataupun kisah silam dalam hal ini? Aku keliru sebab kalau  dikatakan salah naluri , benarkah Allah SWT sengaja menciptakan naluri homo pada diri kita ini atau kita sendiri yang terikut-ikut kata hati..Bukan kah naluri lelaki itu memang menginginkan wanita dan vice versa...Adakah salah kisah silam,sebab bukankah kita sentiasa ada peluang untuk perbaiki diri dan jauhi insiden 'pisang berbuah dua kali'?
Dan kalau aku katakan aku cintakan Is..betul ke aku cinta sebenarnya ataupun apa?Aku sendiri tak tahu..(Tapi aku memang sayang dia)..Sebab kalau cinta..betul ke lelaki sama lelaki itu boleh dikatakan cinta atau kita sendiri terlampau terpengaruh dengan budaya asing yang cuba menjadikan benda tu satu yang relevan...
How I wish aku ni seorang lelaki yang normal..tak ada perasaan lain bila memandang lelaki lain..Aku jelaous sangat dengan mereka yang straight dan aku x bangga langsung aku homo...

Saturday 26 May 2012

Sukar Bendung Nafsu Sonsang-Harian Metro



Soalan
Saya pegawai pelatih di syarikat perkapalan yang mnjamin masa depan sebaik tamat belajar akhir 2013.Sebenarnya saya lelaki yang tertarik pada lelaki.Walaupun pada zahirnya saya kelihatan normal,hakikatnya saya cenderung meminati pasangan sejenis.Kenalan wanita dilihat menyimpan minat terhadap saya kerana mereka menganggap saya straight.
Namun,saya belum pernah mengadakan hubungan seks sejenis meskipun keinginan itu memang ada.Baru-baru ini,saya ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana urusan rasmi.Kebetulan Ayie,rakan saya yang juga penuntut universiti tempatan,turut bercuti.
Petang itu saya menemuinya selepas 3 tahun meninggalkan alam persekolahan.Memang saya akui sangat menyayangi Ayie sejak sekian lama.
Kami keluar bersama dan saya memujuk Ayie untuk bermalam di hotel yang disediakan syarikat , tetapi Ayie menolak dengan alasan mula bekerja sambilan esoknya.
Ayie bersetuju menemankan saya di hotel seketika sebelum keluar semula untuk makan malam.Saya memeluk dan mencium Ayie untuk melepaskan rindu.Walaupun tidak menolak, dia bercadang mencari teman wanita sebelum mengikuti kursus ijazah.
Alangkah hancurnya hati apabila mendengar hasratnya.Saya terlalu sedih dengan perancangan Ayie untuk mempunyai teman wanita membuatkan saya rasa tersisih.
Demi melupakan Ayie saya kerap bertukar pasangan,namun mereka hanya mahukan wang daripada saya bukan cinta.Bagi saya Ayie adalah segala-galanya kerana dia memahami dan mudah diajak berbincang.

Jawapan
Masalahnya saudara tidak bersedia membuang keinginan atau godaan nafsu yang nyata sonsang.Sedangkan kenalan lelaki saudara yang berfungsi sebagai tempat menyemai benih cinta sudah sedia berhijrah untuk berubah (bagusnya kalau dia betul2 mampu berubah , bukan senangkan) 
Mengertilah saudara,terus menjalin hubungan sejenis tidak membawa erti kepuasan sebenar hidup berpasangan. (Setuju!)
Ia ibarat hubungan 'one night stand' dan tiada komitmen.(kurang setuju , hubungan aku bukan sekadar one night stand dan kami ada memberi komitmen dalam hubungan cinta sejenis kami)
Dalam maksud lain,hubungan saudara dengan teman lelaki tidak dapat membina keluarga sebagaimana dinikmati pasangan normal lain (Semestinya!).Lambat laun saudara terpaksa berhadapan situasi yang mana hubungan itu berakhir keseorangan.
Saranan Dang Setia, berfikirlah secara rasional mengenai risiko terus menjalin hubungan sesama jeniss.Saudara bukan sahaja perlu berdepan kemungkinan kehilangan keluarga dan rakan , malah reputasi.
Malah , paling perlu saudara ambil perhatian ialah perbuatan itu jelas dikutuk agana.Larangan bukan bertujuan ingin menyekat atau menyusahkan kehidupan,tetapi berperanan menyelamatkan diri sendiri.
Bukan sahaja Islam, mana-mana agama melarang perbuatan memilih pasangan daripada jantina sama.Malah martabat individu menjalin hubungan sonsang diibaratkan lebih rendah daripada haiwan (Ouch! Kenyataan pedih tapi hakikatnya begitu kan)
Oleh itu ubahlah kecenderungan saudara memilih gandingan lelaki kepada mencari teman wanita (tak semudah yang dikata,dilafaz mahupun ditaip wahai Dang Setia).Asuh hati untuk mengenali wanita dan cuba cari aspek yang anda suka mengenai perempuan (Dang Setia,kamu perlu jadi Gay untuk merasai bagaiman payah kami mahu mencari aspek itu).
Kaburkan mata daripada meneliti lelaki kacak mahupun mereka yang berpotensi mempunyai minat yang sama.Hadkan batasan pergaulan dengan menetapkan larangan menyentuh atau beraksi keterlaluan bersama kenalan lelaki.
Secara tidak langsung,nafsu luar biasa itu dapat dikekang selepas langkah berjaga-jaga diambil. (sekali lagi,x semudah dikata)


*Petikan soalan seorang umat dalam ruangan Ekspresi dalam Harian Metro harini..So apa pula pandangan korang tentang masalah lelaki tersebut and apa pandangan korang tentang maklum balas dari Dang Setia yang cuba membantu lelaki ini..*

Sunday 20 May 2012

Kelantan!Kelantan!


Assalammualaikum!
 Hohoi..aku kat Kelantan skang..dah seminggu lebih da kat cnie.. :) Aku kene praktikal kat Hospital sini..Bosan sudah praktikal..Nak muntah rasa.. Hari-hari menghadap benda yang sama..Tapi bidang aku pilih ni memerlukan keikhlasan hati yang tinggi! So,b4 p keje aku kene bersihkan & ikhlaskan hati dulu.. Heh

Okey,aku rindu 'Si Dia' sangat weyy.. :( Dah berbulan-bulan x jumpe..Aku ajak jumpe ada je yang menjadi kekangan..X da masa la..x cukup duit la..x da cuti la.. :( Huaaa..Nak nangis rasa..Sakit kot rinduu.. :(
Aku x taw nak wat macamana da.. :(  'Si Dia' ni kadang-kadang macam x faham yang aku ni dah separuh mati rindu kat dia! Huh! Gerammnya! Dah la x amek berat sangat pasal aku lagi sekarang ni..

Nak luahkan perasaan je sebenarnya ni ,x boley cita kat kawan2 terpaksa la cita kat blog ni....Hmm.. okeylah..Goodnyte!Aku x boleh tidur malam ni.. :(

*Tajuk entri x de kene mengene pon kan dengan isi..Haha..BTW,budak Klate memey hensem-hensem blake boh,doso tengok lamo-lamo*

Wednesday 9 May 2012

Matang Dalam Dunia PLU


Seronok baca blog orang yang matang dalam dunia PLU ni ! :)
Kadang-kadang jealous bila ada jenis PLU yang mampu membendung nafsu mereka daripada terlibat lebih jauh..Hmm.. Kalaulah mampu diputar masa macam putar biskut oreo,cicah,jilat...Hahaha..

Tapi.. aku cuba lihat apa yang terjadi kat aku ni mungkin ada hikmah.. Mungkin ni satu ujian yang Allah SWT bagi kat aku,sebab aku rasa dalam kebanyakan hal lain aku boleh dikategorikan manusia yang selalu bernasib baik.. Aku ada family yang sayang gila kat aku, ada kawan-kawan yang best gila dan baik-baik dan sentiasa ingatkan aku ke arah kebaikan, dan ada banyak lagi nikmat yang Dia beri kepada aku.. Tapi, aku telah tersalah 1 langkah dengan memilih untuk terlibat dengan 'Si Dia' yang merupakan satu yang buruk untuk aku..

Tapi kadang-kadang aku fikir.. Better 'Si Dia' datang dalam hidup aku.. At least aku tak jadi macam gay-gay lain yang lebih 'whore'.. heheh,...Lagipon dia banyak ajar aku benda yang positif..Cuma yang negatif ada pada kami adalah 'hubungan terlarang' tu.. Aigoo!! Macamani.. Aku kadang-kadang tak faham dengan apa yang aku rasa ,mungkin sebab hati aku tak tetap lagi kot.. Hmm... Satu lagi mungkin sebab aku masih muda,masih belasan tahun menyebabkan aku tak dapat fikir dengan lebih matang dengan apa yang aku choose untuk selesaikan satu-satu masalah.. Contohnya untuk mengelakkan aku terlibat dengan lebih ramai lelaki gay lain,aku telah memilih untuk kapel dengan Si Dia sebab aku fikir sekurangnya aku cuma lakukan dengan 1 lelaki sahaja,.Tapi still dosa kan??? Hmm.. Tapi aku sayang dia.. Huaaa...Tolong sesiapa yang lebih matang cuba nasihat aku sikit...

Tapi kalau korang kata aku patot tinggalkan dia.. Aku tak sanggup la buat masa ni.. :( Macamana aku nak buat-buat macam okay kalau aku memang sememangnya tak okay kalau dia tak ada..Sebab dia mempengaruhi hampir 70% daripada hidup aku..Dia menyebarkan caj positif dan merupakan pendengar yang baik selain selalu melindungi aku & sayang aku macam abg yang sangat-sangat caring! :(

Cess..cukuplah tu..Sorry kalau entri aku kali ni bak kata orang Terengganu , 'Bolok' ataupun serabut perut..Haha.. Assalammualaikum.. Tak jawab dosa,jawab gatal.. (heh..gurau je)

Friday 4 May 2012

Hujan


*Hujan rahmat Allah SWT yang membasahkan bumi..menghentikan kegersangan langit..menyejukkan tubuh manusia yang puas di bakar mentari..*

Ya Allah.. aku rindu pada Si Dia yang jauh,pada masa yang sama aku rasa berdosa padaMu Ya Allah...
Apakah rindu aku ini membakar diriku sendiri...Aku tidak meminta hidup sebegini..Aku mendekati 'Si Dia' kerana aku tak sanggup menyalurkan nafsu sonsang ku kepada lebih ramai lelaki..Sekurang-kurangnya aku cuma menyalurkan kepada si dia sahaja..tetapi aku tahu Ya Allah yang dosa tetap dosa tidak akan pernah bertukar menjadi pahala...Dan semestinya tidak pernah akan membawa kebaikan kepada diri ini sendiri...

Ya Allah,aku jujur mencintai Si Dia..Bukankah rasa cinta itu Kau yang cipta untuk HambaMu..Tetapi aku telah meletakkan rasa cinta aku di tempat yang salah Ya Allah.. Aku terlampau menurut kata nafsuku.. Hatiku masih tidak mempu menjadi raja kepada nafsu ku sendiri...

Ya Allah benarkah naluri sonsang ini kau campakkan kepadaku sebagai ujian kepadaku?? Ataukah aku yang terlalu menurut kehendak hati... Adakah kisah silamku aku jadikan alasan untuk terus bergelumang dengan dosa sonsang ini...

Ya Allah walaupun aku mungkin tidak mampu membuang rasa naluri ini...tetapi Kau bantulah aku untuk menjauhkan diriku dari nafsu ini.. Jika perkahwinan akan membantu aku,Kau kirimkanlah seorang wanita yang mampu membimbing aku dan membantu aku keluar dari kecelaruan naluri ini Ya Allah.. Aku bermohon padaMu Ya Allah,sesungguhnya aku bukan hambaMu yang baik..Aku tidak menjaga pandanganku , lisan ku , pendengaran ku... Kau tariklah aku perlahan-lahan Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini...

Ya Allah , aku bermohon pada Mu , kau bantulah juga Si Dia Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini , kerana aku sayang kan dia dan aku tidak mahu dia tersesat jauh dari landasan Mu ... Kau bantulah kami Ya Allah... HambaMu  berharap Kau masih memandang kami dengan pandangan kasih sayang Mu.. Kau bantulah kami Ya Allah... Kau pandulah kami Ya Allah...

*Terima kasih Hakimi... blog kamu sangat membantu aku.. :( *

Thursday 3 May 2012

Let The Music Speak..



Mama, I found a man
Who loves me and understands
Papa, he's quite a man
He adores me, he's my biggest fan

And don't get me wrong,
I know he's not perfect in your eyes
But somehow he's flawless in mine

And you may tell me to run, run now
But I can't do that
We're too far down the hole
He's got a hold on my soul

Mama, don't judge me now
I'm not trying to hurt you
I know this won't make you proud
Papa, did I let you down?
Are you ashamed of how your little boy turned out?

You'll see a monster
I see a smile
You say it's danger
And I'm in denial
But somehow I feel so safe right now

So I guess I'm a fool
I'm a fool in love
But I'm willing to stay here
And bask in the glory of his heart
I guess I'm a fool in love
But I'm willing to look so stupid
Till I've had enough



Rihanna-Fool In Love  taken from Talk That Talk

*Lirik lagu ni membuat aku timbul perasaan sedih & bersalah...Terutamanya kepada kedua ibu bapaku yang mungkin 'malang' mendapat anak seperti aku..Ampunkan abg mak,ayah.. :( *
*I have change the lyrics a little to suit it with my story..

Aku Berharap..


'Sampaikanlah kebaikan walaupun dengan sepotong ayat..'

Aku teringat kata-kata ini hari ni..

Kemudian tiba-tiba aku ingat tentang kisah seorang wanita yang meletakkan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Facebook...Kemudian dia meninggal dunia tanpa sempat membuang semua gambar-gambarnya itu.. Satu hari ibunya bermimpi perempuan itu merayu *or something like that* supaya seseorang tolong buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat kerana dia diazab dikubur memandangkan dosanya akan terus berjalan selagi orang ramai melihat auratnya di laman sosial tersebut walaupun dia tiada lagi di dunia..

Emm..apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya,aku tiba-tiba terfikir..apakah dengan aku menulis blog Hidden Love ini aku akan menggalakkan lebih ramai lagi PLU di luar sana untuk teruskan hidup sonsang ini,atau adakah aku akan menyebabkan mereka terfikir 'tak apa aku PLU hari ni,nanti aku akan berubah jugak'... Duhhh,, Am I doing the right thing here??

Aku harap sangat korang tak rasa digalakkan untuk hidup sonsang ini sebab aku takut mana tahu ajal aku menjemput tiba-tiba dan ada post aku yang 'mungkin menggalakkan' dan tidak sempat aku remove menyebabkan saham dosa aku yang satu ni akan terus melambung tinggi..

Aku harap sangat dengan kewujudan blog ni..kita warga PLU ni akan menjadi a better person step by step bukan semakin teruk ye.. B'coz i'm tryin to be one better person too.. Dan aku harap kisah aku & 'Si Dia' tidak akan jadi inspirasi kepada korang untuk bercinta sonsang (mana tahu kann..).... Aku cuma nak memberi contoh mudah kepada apa yang aku sampaikan..

Aku harap sangat sesiapa yang membaca blog Hidden Love ini mendapat mesej yang positif dan dapat terus membaiki diri step by step..*walaupun baby step*... Aminn...

Wednesday 2 May 2012

Setiakah Cinta PLU..


Kesetiaan bukan senang untuk diukur semestinya..Hanya hati sendiri yang tahu sama ada kita betul-betul setia kepada pasangan atau tak...

Cinta PLU  ada kesetiaan kah sebenarnya?

Aku ragu-ragu tentang kesetiaan dalam perhubungan cinta taboo ini.. Aku sendiri selalu takut 'Si Dia' melayan yang lain selain aku memandangkan jarak yang memisahkan kami.. Di pihak aku buat masa ini,aku masih lagi  hanya 'memandang' dia.. Mungkin kerana aku memang jenis manusia yang begitu.. Bila aku sayang seorang aku nampak seorang sahaja.. Bukan nak kata aku tiada 'rasa' bila melihat lelaki-lelaki lain yang kadang-kadang lebih tampan dari 'Si Dia'..rasa itu ada tapi ia umpama angin berlalu..singgah sebentar cuma.... Berbeza dengan 'rasa' yang aku ada untuk dia,.. Apa yang selalu buat aku ragu-ragu kepada dia..Pertama ,ramai 'friend list' dia terdiri daripada golongan PLU sedangkan aku cuma ada 2 orang sahaja yang memang memang rakan aku dari zaman sekolah..Aku tak pernah 'menambah' golongan PLU dalam 'friend list' aku kerana aku memang bukan jenis PLU yang begitu! Kedua  kerana dia selalu travel pergi universiti-universiti luar dari kampusnya,rangkaian rakan dia agak besar tambahan lagi 'Si Dia' jenis yang ramah.. Aku selalu cemburu..Dan dia juga ada rasa cemburu bila ada lelaki yang memandang aku ataupun nampak aku terlampau rapat dengan satu-satu lelaki..(aku rasa happy kalau dia cemburu)...

Aku tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada dia..Dan bila bercinta aku cube pegang prinsip tidak menyerahkan 100% hati sebaliknya tinggalkan sedikit untuk diri sendiri agar bila terluka aku masih mampu berdiri...

Berbeza dengan kesetiaan,aku mengaku,boleh dikatakan 98% aku setia kepada dia dan 2% lagi goyah kesetiaan bila aku terlalu cemburu padanya ataupun dia terlampau sibuk dengan urusan kerjanya..Hahak..

'Si Dia' sendiri kurang percaya kepada kesetiaan ..Tapi.. diam-diam hubungan kami hampir 2 tahun sudah..Dan aku percaya ia berlanjutan sepanjang ini atas dasar SETIA, 50% KEPERCAYAAN dan 100% SAYANG!Bukan kami tidak pernah bergaduh,.,..*banyak kali*... bukan tak pernah keluar kata bosan.. * 2,3 kali*... tapi bila kami cuba menjauh antara satu sama lain kami tak mampu..yang pastinya aku sendiri tak mampu..Aku mengaku sayang dia..Aku faham bagaimana dikatakan Cinta Itu Buta..

Banyak pendapat golongan PLU yang aku baca sama ada di blog atau mana-mana jua mengatakan susah untuk golongan PLU setia! Benarkah? Mungkin ya... Kerana 'Si Dia' pernah kata .. " Kita dikira lama bersama dalam tempoh 2 tahun ini kalau ikut tempoh hubungan golongan PLU"...Haha,..

Tapi realitinya,sejauh mana pun kita cuba setia..hubungan cinta sebegini perlu ada noktah!titik!fullstop! juga satu hari nanti kerana aku tak mahu selamanya berada di dalam arena perjudian hati,minda dan akal ini!

Gay & Sex


Dua perkara yang tak dapat dipisahkan...Macam Roti Burger dengan Daging Burger...Kalau makan roti burger je mana best,...kene la ada daging,...tomato,..sos,...mayonis... (okey aku terlalu lapar sebenarnya)

Kenapa bila kita sebut gay je orang akan terus pergi kepada 'tikam belakang', 'bersih anu' dan sebagainya... GAY itu sinonim dengan SEX..Padahal ada kasih sayang disebalik perhubungan itu..Kasih sayang yang orang 'normal' tak mengerti dan jika kita kata pada mereka respon nya.. 'Eeuuww,Geli Kowt!' ...

Dan kebanyakan golongan gay sendiri memburu sex dalam perhubungan..One night stand....,kenal kat chat room ...jumpa then have sex without really know who they have sex with.. *rolling eye*...Aku bukan nak memburukkan jenis gay yang macam ni,maybe mereka ada kisah sendiri kenapa mereka macam tu... Who knew??Everyone have their own story right...

'Si Dia'  kata pada aku bila kita sayang seseorang itu secara tak langsung kita akan rasa secara semulajadi untuk menyentuh,membelai,memiliki orang yang kita sayang..dan itu yang dia lakukan pada aku... Human Nature I Thought!

Berbanding 'Si Dia' aku kurang pengalaman ...sebab aku bukan yang pertama baginya tapi dia yang pertama bagi aku...Dulu aku rasa aku pun cuma mahukan sex,..tapi lama-lama ia bukan jadi prioriti..Sebab antara aku dan dia kami tidak duduk bersama,...kami dipisah pantai timur & pantai utara...Mengambil masa 10 jam untuk aku datang kepada dia ditambah dengan komitmen study menyebabkan kami sangat jarang jumpa,..dan kami ok sahaja walaupun tak melakukan 'sex' selama berbulan-bulan,..rasa 'keinginan' itu memang ada,..tipulah jika aku menafikan.... tapi as i said its not the priority...Instead of 'sex' ada banyak lagi benda yang kami ada..RINDU , SAYANG , CINTA (yang cuba kami nafikan) ,KASIH dan rasa TANGGUNGJAWAB dia kepada aku...

Aku mula sedar yang aku mahukan dia bukan kerana sex bila aku rasa sayang aku lebih kuat berbanding rasa untuk sama-sama 'menikmati' ...,Contohnya aku sanggup jumpa dia walau sejam dua jika terlalu rindu hanya untuk spent time together without doing sex thing... Chill & lepak dengan dia.. tengok dia sihat atau tak...borak dengan dia.....tengok muka dia dah cukup bahagia da bagi aku..Lebih memuaskan dari doing sex! Sex macam drug! ADDICTIVE of course... Tapi bagi aku  berbeza.. sangat berbeza sex dengan orang yang kita sayang berbanding orang yang kita kenal dekat chat room atau ambil nombor dia dekat pintu tandas...I mean sex express! Bullet Train Sex!

Aku tak pernah cuba sex dengan orang yang aku tak kenal,so aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu fikir..

Sebab aku nampak lebih banyak negatif berbanding positif  untuk terma 'One Night Stand' itu sendiri.. Terlampau risiko & berbahaya... Lebih-lebih lagi sejak aku jadi one of the medical student ,... banyak penyakit kaitan sex yang menakutkan aku.. Mintak simpang..

My conclusion .. Sex Aint Better Than Love!

Kaki Ku Tidak Kuat Untuk Ke Situ


Aku rajin pulak nak update blog Hidden Love aku ni.. Walaupun x de follower dan reader pon sendu aje,but i feel happy  sebab aku dapat express perasaan aku! Semalam aku dah mengapproach blog ni ke beberapa blogger lain yang aku ikuti.. Macam ..KDL.. dan blog baru yang aku suka baca PLU Aussie .. Heheh..*Malu nya aku*.. (-..-)'
Aku rasa dekat dengan blog-blog ini.. terutamanya Kisah Dunia Lelaki, dan A PLU in Australia sebab mereka menulis sesuatu yang realistik tentang dunia ni dan apa yang mereka rasa tu aku rasa jugak.. Rasa berdosa terlibat dengan dunia 'PLU' ni,rasa berdosa bila rajin-rajin tangan tengok video-video yang disajikan..Huh!Aku sentiasa rasa sesuatu yang berat dalam hati aku lepas aku tengok video,imej,etc  yang membangkitkan 'rasa',tapi aku masih tidak cukup kuat tuk menjadi raja pada nafsu sendiri.. :(

Aku pernah membincangkan perkara ni dengan 'Si Dia' dan dia faham apa yang aku rasa sebab dia merasakan benda yang sama ..Aku pernah mintak putus dengan dia disebabkan topik 'dosa' ini  dan 2 hari kemudian aku terlalu rindu dia..Rindu kenangan yang telah kami cipta..I send him a message.. 'Saya tak cukup kuat lagi'...

Nak jadi baik bukan mudah.. It takes,blood & tears to change.. Untuk merubah 'selera' aku dan paling sakit untuk melupakan apa yang telah ada antara aku & dia.. :(

Tetapi perjalanan menuju ke arah itu sentiasa ada..Aku yakin aku mampu berubah..Mungkin aku memerlukan seorang ISTERI tetapi aku masih rasa bersalah kerana jika aku beristeri pun , malangnya isteri aku itu bersuamikan lelaki yang macam aku .. :(

Setiap kali aku memikirkan tentang ini ,  Aku semakin takut dengan realiti kerana aku terlalu lama di dalam fantasi.. :(

Yang Aku Mahu..


Yang aku mahu dalam hubungan cinta sesama jenis ini hanyalah kasih sayang dari dia.. Kerana aku telah jatuh teruk tiap kali berhadapan dia.. Aku tidak menafikan keperluan seks..Ia perlu..Tapi ia hanya akan berlaku apabila ada rasa sayang itu...Aku pernah cuba untuk melakukan dengan golongan sejenis aku yang aku tidak kenali sebaiknya,tapi ia tak pernah berjaya.. Kerana bagi aku seks hadir selepas sayang...Dan aku harap dapat mempertahankan prinsip ini selamanya..

Yang aku mahu dalam hubungan cinta sesama jenis ini hanyalah keindahan sementara.. Suatu waktu,suatu detik akan tiba masanya aku perlu kuat berpaling dari dunia ini kerana aku manusia tak selamanya menongkat bumi..Aku tidak mahu terus hidup dengan keji...Namun aku tak pasti adakah aku cukup kuat untuk melupakan rasa itu... Untuk mengtongsampahkan rasa itu jauh-jauh!

Yang aku mahu..Suatu hari nanti aku dan dia masih berkawan walaupun kami tiada 'connection' itu walaupun ramai yang mengatakan ia MUSTAHIL!

Yang aku mahu,suatu hari sebelum ajalku tiba aku sempat sujud bertaubat padanya..Dan aku harus mulakan sekarang walaupun perlahan-lahan kerana realitinya aku tidak tahu bila saat ajal menjemput aku di pintuNya..

Tuesday 1 May 2012

Top Ke Bottom?


Ouch!
'Anonymous' textin me.. Askin' this kind of question..

'Awak top ke bottom?'

Aku gelak! Then dia keep askin about 'what ur penis size?' , 'ade experience ke before ni?' .. Hmm.. *pissed off* ..

Sincerely, aku pelik..macamana kau x pernah kenal seseorang tu tapi kau mampu menaip mesej-mesej 'provokasi seksual' kepada dia! It is very unusual untuk aku sebab aku bukan golongan gay yang approach orang..Even aku dengan 'Si Dia' pon dia yang approach aku dulu and it takes long time for me to met him..Dan yang pastinya dia kenal aku dan aku kenal dia,thats why aku boleh 'melayan'... Bagi aku,even kita adalah 'gay',we should have a standard! Hek!

Another question from me.. tak takut ke orang yang kita tak kenal lepastu kita text unsur sex dengan dia tu rupanya bila kita jumpe,sepupu kita sendiri! ataupun to make it worse a serial killer! ataupun after we have sex with them rupanya dia ada HIV atau Gonorrhea atau,atau Syphlis.. Hmm.. Aku anti random-sex! Hak! Ia menakutkan bagi aku.. To have sex with someone,I need to know him thoroughly..Dan buat masa ni aku tak terfikit untuk melakukan sex dengan orang lain selain 'Si Dia'.. I'm His Belonging!

Yang lebih menakutkan aku,how u can do it 3 some or 4 or even group?? Wow! Hak! :p It scared me to think about it....

Mengapa Jalan Duri Itu Yang Aku Pilih..


Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun..Bermain riang..Gelak ketawanya terdengar bingar..kadang-kadang dia terkekek seorang diri...

Seorang lelaki meningkat remaja..rapat dengan kanak-kanak itu.. Dia mendekati...Mengumpan dengan lucunya..Kanak-kanak itu tertawan!

Kini.mereka di dalam sebuah bilik kosong..Tubuh diselimuti cadar putih besar.. Remaja itu memulakan 'suasana' yang tidak difahami oleh kanak-kanak 8 tahun itu... Remaja itu mengarahkan dia membuat begini dan begini,. Seluar ditarik londeh..Tangan kanak-kanak digapai lembut..Rapat,Dekat,Sentuh pada 'alat' itu..Kanak-kanak hanya menurut tanpa memahami ertinya..Lama-lama dia rasa seronok..Remaja itu melakukan perkara yang sama kepada dirinya..Adrenalin mengejar laju..Rasa itu terlalu adictive!

Hari-hari seterusnya kanak-kanak itu tidak dapat lupa rasa 'seronok' itu.. Dia terus membesar-besar-besar dengan rasa itu.. Dia naif! Tidak mengerti benar kah apa yang dia rasa?? Salahkah rasa itu?? Sehinggalah di suatu waktu dia semakin memahami rasa itu tida sepatutnya ada,dan disaat dia tahu,dia sudah x mampu berpaling dari rasa itu....Once u lost..its hard to find the way out!

Maafkan kanak-kanak itu..Dia tidak tahu.. Dialah aku..


Di Sebalik Hijab


I feel much better now to able to write about my secret life.. Apa yang  aku mampu kata,aku terlalu takut untuk orang dekat luar sana tahu aku ada naluri kepada lelaki.. I found out a man  have a different attraction.. A very strong attraction... Haha..Mestilah kan..dah aku sendiri pun rasa aroma sensual tu lebih kepada lelaki berbanding kaum lawan.. hek!

Sebelum apapun,aku nak kenalkan sedikit tentang aku supaya walaupun kita tak bersua muka,tapi korang mampu rasa sikit connection dengan aku..*sekurang-kurangnya* ... Aku lelaki (of course la) ,tahun ni aku masuk 20 tahun but since aku lahir December,aku still consider diri aku 19 tahun..Hahha.. Aku pelajar kejururawatan, but i'm not that type of 'patah' punye orang even aku amek kos Nursing pun,.. People keep saying lelaki yang amek kos nursing adalah golongan adik-adik.... How sad..

Aku suka lelaki! A Statement! Tapi,tak seorang pun tau tentang itu....Kalau yang tahu pun aku rasa mereka ada 'radar gay' ..Hakhak... Aku ada 'dia'... But we never consider us as a couple.. Sebab dia tak suka terma 'couple' tu..But,its has been 2 years we are together,...I love him and I know he love me too... Dia yang pertama..Yang pertama aku rasa 'cinta lelaki' ....,yang pertama 'sentuh' aku dan the only one yang aku bagi 'sentuh'...., yang pertama membuat aku rasa 'bunga-bunga menari dalam hati'.... Hak..Puitis sangat! But,.sincerely..I Love Him So Much! Tapi...,aku..dia..realistik..Dia ajar aku logik...Cinta 'jenis ini' takkan ada Happy Ending! So,kami sentiasa bersedia untuk 'perpisahan' itu.. 'Satu hari nanti'.. Kami realistik untuk berubah satu hari nanti..Menjadi seperti normal yang lain.. I'm not Bisex.. Aku teda rasa bha kepada wanita...Hak.. Tapi aku akan cuba latih rasa itu,..aku tak mahu mempermainkan wanita sebab aku tahu betapa sakitnya kalau dia found out yang kekasih dia,atau suami dia  menduakan atau mentigakan dia dengan lelaki!

Satu masa nanti aku akan cerita lebih lagi tentang Kisah Aku dam Cinta Sembunyi aku..


Salam.Kenal.Orientasi.Taaruf.

A warm welcome from me to the reader. :)


Hati aku tergerak untuk menulis blog tentang kisah hidup aku sebagai PLU.. PLU? aku sebenarnya tidak pernah suka untuk mengaku diri aku sebagai PLU ,dan aku pasti kebanyakan mereka yang seperti aku juga tidak berbangga menjadi PLU.. Sebab? Kerana bagi aku kita berbeza naluri berbanding mereka,berada didalam kalangan  yang normal.Being abnormal in this context bukan sesuatu yang seronok.. *At least for me* .
Tambahan lagi bila aku berada dalam golongan yang terang-terang menentang arus..
Aku akan mula menulis mulai hari ini.. Tujuan aku?? Kerana aku mahu berkongsi rasa yang aku pasti kamu yang senaluri turut rasa apa yang aku rasa bila apa yang kita rasa tidak mampu untuk diluahkan lebih-lebih lagi kita hidup dikalangan orang yang sepastinya tidak mempunyai 'naluri itu'... Aku tidak berbangga menjadi PLU,so apa yang aku boleh katakan dalam blog ini,mungkin anda tak akan jumpa sebarang gambar,imej,video dan sekutunya yang berunsur 'gay sexs'.. Wow! I Able to Say It Here! Bukan aku nak kata orang yang berkongsi 'such thing' tak baik dan menunjukkan diri aku 'gay yang baik',it just i dont create this for that type of 'substance'.. Dalam blog ini ,seperti yang aku katakan aku akan berkongsi rasa dengan kalian yang mencari kasih sayang bukan sekadar mengkehendakkan keperluan batin ,kerana bagi aku, mudah.. Aku tak pernah mahu jadi begini.. Tetapi ada cerita yang mengheret aku ke 'naluri' itu..