Followers

Saturday 26 May 2012

Sukar Bendung Nafsu Sonsang-Harian Metro



Soalan
Saya pegawai pelatih di syarikat perkapalan yang mnjamin masa depan sebaik tamat belajar akhir 2013.Sebenarnya saya lelaki yang tertarik pada lelaki.Walaupun pada zahirnya saya kelihatan normal,hakikatnya saya cenderung meminati pasangan sejenis.Kenalan wanita dilihat menyimpan minat terhadap saya kerana mereka menganggap saya straight.
Namun,saya belum pernah mengadakan hubungan seks sejenis meskipun keinginan itu memang ada.Baru-baru ini,saya ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana urusan rasmi.Kebetulan Ayie,rakan saya yang juga penuntut universiti tempatan,turut bercuti.
Petang itu saya menemuinya selepas 3 tahun meninggalkan alam persekolahan.Memang saya akui sangat menyayangi Ayie sejak sekian lama.
Kami keluar bersama dan saya memujuk Ayie untuk bermalam di hotel yang disediakan syarikat , tetapi Ayie menolak dengan alasan mula bekerja sambilan esoknya.
Ayie bersetuju menemankan saya di hotel seketika sebelum keluar semula untuk makan malam.Saya memeluk dan mencium Ayie untuk melepaskan rindu.Walaupun tidak menolak, dia bercadang mencari teman wanita sebelum mengikuti kursus ijazah.
Alangkah hancurnya hati apabila mendengar hasratnya.Saya terlalu sedih dengan perancangan Ayie untuk mempunyai teman wanita membuatkan saya rasa tersisih.
Demi melupakan Ayie saya kerap bertukar pasangan,namun mereka hanya mahukan wang daripada saya bukan cinta.Bagi saya Ayie adalah segala-galanya kerana dia memahami dan mudah diajak berbincang.

Jawapan
Masalahnya saudara tidak bersedia membuang keinginan atau godaan nafsu yang nyata sonsang.Sedangkan kenalan lelaki saudara yang berfungsi sebagai tempat menyemai benih cinta sudah sedia berhijrah untuk berubah (bagusnya kalau dia betul2 mampu berubah , bukan senangkan) 
Mengertilah saudara,terus menjalin hubungan sejenis tidak membawa erti kepuasan sebenar hidup berpasangan. (Setuju!)
Ia ibarat hubungan 'one night stand' dan tiada komitmen.(kurang setuju , hubungan aku bukan sekadar one night stand dan kami ada memberi komitmen dalam hubungan cinta sejenis kami)
Dalam maksud lain,hubungan saudara dengan teman lelaki tidak dapat membina keluarga sebagaimana dinikmati pasangan normal lain (Semestinya!).Lambat laun saudara terpaksa berhadapan situasi yang mana hubungan itu berakhir keseorangan.
Saranan Dang Setia, berfikirlah secara rasional mengenai risiko terus menjalin hubungan sesama jeniss.Saudara bukan sahaja perlu berdepan kemungkinan kehilangan keluarga dan rakan , malah reputasi.
Malah , paling perlu saudara ambil perhatian ialah perbuatan itu jelas dikutuk agana.Larangan bukan bertujuan ingin menyekat atau menyusahkan kehidupan,tetapi berperanan menyelamatkan diri sendiri.
Bukan sahaja Islam, mana-mana agama melarang perbuatan memilih pasangan daripada jantina sama.Malah martabat individu menjalin hubungan sonsang diibaratkan lebih rendah daripada haiwan (Ouch! Kenyataan pedih tapi hakikatnya begitu kan)
Oleh itu ubahlah kecenderungan saudara memilih gandingan lelaki kepada mencari teman wanita (tak semudah yang dikata,dilafaz mahupun ditaip wahai Dang Setia).Asuh hati untuk mengenali wanita dan cuba cari aspek yang anda suka mengenai perempuan (Dang Setia,kamu perlu jadi Gay untuk merasai bagaiman payah kami mahu mencari aspek itu).
Kaburkan mata daripada meneliti lelaki kacak mahupun mereka yang berpotensi mempunyai minat yang sama.Hadkan batasan pergaulan dengan menetapkan larangan menyentuh atau beraksi keterlaluan bersama kenalan lelaki.
Secara tidak langsung,nafsu luar biasa itu dapat dikekang selepas langkah berjaga-jaga diambil. (sekali lagi,x semudah dikata)


*Petikan soalan seorang umat dalam ruangan Ekspresi dalam Harian Metro harini..So apa pula pandangan korang tentang masalah lelaki tersebut and apa pandangan korang tentang maklum balas dari Dang Setia yang cuba membantu lelaki ini..*

6 comments:

  1. dia perlu mnjd lesbian then baru akn faham mcm mana.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kita suruh dia test skali... kui3..

      Delete
  2. Ko ni Putera, agak2 ah komen mcm tu....Hahaha...

    Pertamanya, org 'straight' memang mudah memberi komen/cadangan, hakikatnya, bukan semudah yg disebut sbb ia masalah naluri seksual. Tambah lagi ramai yg gay tapi luaran mcm org straight.(tengok muka,kita pun tak sangka dia plu).

    Kedua, memang susah nak melupakan lelaki kerana golongan ini lebih tertarik pada lelaki berbanding wanita. Dia macam songsangan magnet, kutub U-U dia tertarik, tapi bila U-S, dia menolak (kalau tertarik pun sikit je). Susah nak hilangkan perasaan tu sebab dia datang semulajadi. Contohnya kita bekerja dgn lelaki yg kita minat/ tertarik. Berkali-kali kita nafikan pun, bila kita terpandang dia, perasaan tu tetap akan datang. Susah nak buang. Kadang2, bila bercakap dgn dia (dia yg tegur), kita menjadi gementar, berdebar2 dan tak tenang.

    Tapi, cinta songsang ni memang salah dan ditegah agama (ini kita kene paksa diri bersetuju walaupun naluri kita katakan tidak). Berzina dilarang, malah mendekati zina juga dilarang (ayat Al-Quran). Sama juga kesnya dengan liwat. Meliwat dilarang dan mendekati liwat juga dilarang. Maaf kalau ianya menyingung perasaan org mcm kita. Tapi aku perlu berkata benar walupun pahit. Aku tak boleh menyembuyikan atau mendustakan Al-Quran. Pada aku, bermesra antara PLU-PLU, menjalinkan cinta plu, adalah perbuatan mendekati liwat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahak..betul la tu Hilmi.. Macamanapun kita fikir logik akal kita tetap x kan mampu menafikan ayat Al-Quran.. Bagi la alasan mcmanapun , yang salah tetap salahkan..Hmm.. Aku rasa tiba masa kita mencipta satu group yang mampu memberi sokongan sesama PLU ni dikendali oleh orang PLU jugak sebab mereka yang lebih memahami apa yang PLU rasa..Tapi golongan PLU yang mengendali tu kenelah seorang yang betul-betul boleh diharap ataupun yang dah berjaya keluar dari kepompong PLU sendiri..Yelah..kalau kita suruh orang st8 yang bagi kaunseling mereka akan perkata benda yang sama je..sebab diorang sendiri x faham rasa yang sebenarnya kann... Mungkin kita boleh saling help each other for a better conclusion untuk segala perang perasaan yang kita hadapi kan.. Tapi kalau kita nak tubuhkan persatuan tu secra legal rasanya memang mustahil la..Masy akan pandang yang buruk je walaupun tujuan kita baik... Betul x apa aku cakap ni..hahaa...

      Delete
  3. Malah martabat individu menjalin hubungan sonsang diibaratkan lebih rendah daripada haiwan (Ouch! Kenyataan pedih tapi hakikatnya begitu kan)

    paling tak setuju dengan statement nih.
    chiss..
    kalau yang straight tuh bermukah segala, pastu dapat anak buang tepi tong sampah tuh kira lebih mulia dari haiwan lar??? (matilew lari topik...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... betul jugak tu kan..hmm...entahlah En Koko..

      Delete