Followers

Thursday 3 May 2012

Aku Berharap..


'Sampaikanlah kebaikan walaupun dengan sepotong ayat..'

Aku teringat kata-kata ini hari ni..

Kemudian tiba-tiba aku ingat tentang kisah seorang wanita yang meletakkan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Facebook...Kemudian dia meninggal dunia tanpa sempat membuang semua gambar-gambarnya itu.. Satu hari ibunya bermimpi perempuan itu merayu *or something like that* supaya seseorang tolong buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat kerana dia diazab dikubur memandangkan dosanya akan terus berjalan selagi orang ramai melihat auratnya di laman sosial tersebut walaupun dia tiada lagi di dunia..

Emm..apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya,aku tiba-tiba terfikir..apakah dengan aku menulis blog Hidden Love ini aku akan menggalakkan lebih ramai lagi PLU di luar sana untuk teruskan hidup sonsang ini,atau adakah aku akan menyebabkan mereka terfikir 'tak apa aku PLU hari ni,nanti aku akan berubah jugak'... Duhhh,, Am I doing the right thing here??

Aku harap sangat korang tak rasa digalakkan untuk hidup sonsang ini sebab aku takut mana tahu ajal aku menjemput tiba-tiba dan ada post aku yang 'mungkin menggalakkan' dan tidak sempat aku remove menyebabkan saham dosa aku yang satu ni akan terus melambung tinggi..

Aku harap sangat dengan kewujudan blog ni..kita warga PLU ni akan menjadi a better person step by step bukan semakin teruk ye.. B'coz i'm tryin to be one better person too.. Dan aku harap kisah aku & 'Si Dia' tidak akan jadi inspirasi kepada korang untuk bercinta sonsang (mana tahu kann..).... Aku cuma nak memberi contoh mudah kepada apa yang aku sampaikan..

Aku harap sangat sesiapa yang membaca blog Hidden Love ini mendapat mesej yang positif dan dapat terus membaiki diri step by step..*walaupun baby step*... Aminn...

9 comments:

  1. klu blog plu yg trtayang2 'burung' segala tu rasanya membuatkan PLU jd durjana adalah.. or blog PLU yg dgn bangganya menyiarkan cerita 'atas katil' mereka utk dketahui umum... aku tanya ko.. niat apa yg jd keutamaan ko utk tulis blog? aku dulu tulis blog aku atas dasar nk luahkan perasaan aku yg sudah semestinya aku x leh nk share dgn kwn2 aku d luar sna.. but then, i start to make my blog agar jgn trlalu personal.. tulis something apa yg aku dan org lain rasa.. so, aku x rasa blog tu aku je yg punya, but dapat dirasai oleh org lain gak..

    aku x rasa blog mcm ni akan menyesatkan org.. aku layan blog PLU yg tulis mcm mana dia buat onar dgn lelaki sdgkn dia ada bini.. but, ia bukan menyebabkan kita jd teruk, tp secara diam mengajar kita utk fikir dalam2 utk setiap pilihan yg kita akan buat..

    i read a lot of PLU life story on their blogs, it just makes me to think deeper about the reality of life.. ia mematangkan kita sbb kita belajar dr pengalaman yg dishare oleh org lain... something kita x pernah buat, dan mengajar kita utk aware sesuatu prkara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuk... aku pon harap pembaca aku akan berfikir melalui setiap post aku.. aku x nak lah menyesatkan orang.. walaupun benda ni memang dah sedia 'agak sesat'..

      aku pon start blogging dengan niat untuk sama-sama berkongsi rasa dan mungkin untuk baiki diri sendiri jugakk..

      tq putera,aku happy kalau semua pembaca macam ko! :)

      Delete
  2. Agreed
    Biarpun langkah kecil yg penting usaha;-)
    Add fb bole?(naimibnimanaf@gmail.com)
    B my support-buddy;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aigooo...FB... malu la aku... hukhuk.. :)

      Delete
    2. Fb ang 'bersih' an.....
      Plez...add k
      Dun mind if u took a look on it 1st
      Clear lahhh

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sutan Ahmad tu ke ur fb????

      Delete
  3. Aku support ko Pelik...
    Teruskan dengan penulisan dan dakwah ini (walaupun kita tak sedar kita dah berdakwah atau menjadi motivator pada orang lain)...
    Terus terang aku katakan aku menulis kerana sudah tidak sanggup lagi memikul 'beban' ini sendirian. Kita kena luahkan. Ianya umpama kita didihkan air dalam sebuah periuk bertutup rapat. Bila telah melepasi takat didih, semakin banyak air bertukar menjadi wap. Akhirnya bila sampai satu tahap periuk tu tak mampu lagi menanggung tekanan yang berlebihan dan periuk akan meletup. Kita kene tebuk lubang pada periuk tu untuk melepaskan tekanannya.
    Bila aku berkongsi, aku mengharapkan 'orang macam kita' turut sama membantu ke arah kebaikan. Dalam dunia nyata... kita ada ramai kawan yang kita rapat. Tapi.. tidak sesekali berkongsi masalah ini dengan mereka (aku rasa semua faham kot kenapa).
    Kita tak de tempat yang lain untuk mengadu selain Allah. Kawan2 hanya mampu memberi nasihat dan nasihat itulah menjadi kekuatan untuk kita. Aku tak tulis benda tak elok dalam blog, jauh sekali menngadu domba dengan manusia. Apa yang kita tulis adalah apa yang kita rasa. Mungkin kita betul... mungkin juga kita salah. Kalau kita nak kebaikan.... blog kita akan terarah kepada kebaikan dan begitulah sebaliknya. Kita adalah apa yang kita baca dan kita adalah apa yang kita tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice word hakimi.. :')
      terima kasih.. betul..kalau aku tak tulis dalam blog ni pada siapa lagi aku nak luahkan..takkan aku nak bagitau semua orang yang aku ni sonsang.. uhuk..huk.. :')
      harap penulisan aku akan membawa kepada kebaikan... Aminn..

      Delete