Followers

Wednesday 2 May 2012

Setiakah Cinta PLU..


Kesetiaan bukan senang untuk diukur semestinya..Hanya hati sendiri yang tahu sama ada kita betul-betul setia kepada pasangan atau tak...

Cinta PLU  ada kesetiaan kah sebenarnya?

Aku ragu-ragu tentang kesetiaan dalam perhubungan cinta taboo ini.. Aku sendiri selalu takut 'Si Dia' melayan yang lain selain aku memandangkan jarak yang memisahkan kami.. Di pihak aku buat masa ini,aku masih lagi  hanya 'memandang' dia.. Mungkin kerana aku memang jenis manusia yang begitu.. Bila aku sayang seorang aku nampak seorang sahaja.. Bukan nak kata aku tiada 'rasa' bila melihat lelaki-lelaki lain yang kadang-kadang lebih tampan dari 'Si Dia'..rasa itu ada tapi ia umpama angin berlalu..singgah sebentar cuma.... Berbeza dengan 'rasa' yang aku ada untuk dia,.. Apa yang selalu buat aku ragu-ragu kepada dia..Pertama ,ramai 'friend list' dia terdiri daripada golongan PLU sedangkan aku cuma ada 2 orang sahaja yang memang memang rakan aku dari zaman sekolah..Aku tak pernah 'menambah' golongan PLU dalam 'friend list' aku kerana aku memang bukan jenis PLU yang begitu! Kedua  kerana dia selalu travel pergi universiti-universiti luar dari kampusnya,rangkaian rakan dia agak besar tambahan lagi 'Si Dia' jenis yang ramah.. Aku selalu cemburu..Dan dia juga ada rasa cemburu bila ada lelaki yang memandang aku ataupun nampak aku terlampau rapat dengan satu-satu lelaki..(aku rasa happy kalau dia cemburu)...

Aku tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada dia..Dan bila bercinta aku cube pegang prinsip tidak menyerahkan 100% hati sebaliknya tinggalkan sedikit untuk diri sendiri agar bila terluka aku masih mampu berdiri...

Berbeza dengan kesetiaan,aku mengaku,boleh dikatakan 98% aku setia kepada dia dan 2% lagi goyah kesetiaan bila aku terlalu cemburu padanya ataupun dia terlampau sibuk dengan urusan kerjanya..Hahak..

'Si Dia' sendiri kurang percaya kepada kesetiaan ..Tapi.. diam-diam hubungan kami hampir 2 tahun sudah..Dan aku percaya ia berlanjutan sepanjang ini atas dasar SETIA, 50% KEPERCAYAAN dan 100% SAYANG!Bukan kami tidak pernah bergaduh,.,..*banyak kali*... bukan tak pernah keluar kata bosan.. * 2,3 kali*... tapi bila kami cuba menjauh antara satu sama lain kami tak mampu..yang pastinya aku sendiri tak mampu..Aku mengaku sayang dia..Aku faham bagaimana dikatakan Cinta Itu Buta..

Banyak pendapat golongan PLU yang aku baca sama ada di blog atau mana-mana jua mengatakan susah untuk golongan PLU setia! Benarkah? Mungkin ya... Kerana 'Si Dia' pernah kata .. " Kita dikira lama bersama dalam tempoh 2 tahun ini kalau ikut tempoh hubungan golongan PLU"...Haha,..

Tapi realitinya,sejauh mana pun kita cuba setia..hubungan cinta sebegini perlu ada noktah!titik!fullstop! juga satu hari nanti kerana aku tak mahu selamanya berada di dalam arena perjudian hati,minda dan akal ini!

15 comments:

  1. seriously, aku pun x tahu sama ada aku nk ada partner or x.. sbb x tahu lh boleh brtahan or x.. sometime bosan gak hidup sorang2..

    sbb tu aku suka tanya plu2 kat PR yg dh matang umur mcm 30 lebih tanya mcm mana dgn kehidupan mereka.. sbb mereka dh ada pengalaman.. klu nk 'berlaki' tp xkn sampai ke mana pun..

    ReplyDelete
  2. hahak,,, aku nasihatkan ko better tak yah ada partner.. sebab bila nak tinggalkan dia bukannya senang.. aku banyak sangkut sebab dia ada.. aku dah tersayang dia.. haila..

    kalu ko x de partner better stay x de partner la kalu boleh sebab lagi senang ko nak tinggalkan dunia PLU ni,..tapi its up to u la kalu nak ada pun... aku untung sebab 'dia' matang dari aku,so dia banyak ajar aku.. he might not be the best tapi dia sangat rasional & logik...

    'Dia' pun tahu realiti yang hubungan PLU ni takkan sampai mana,bukan boleh kawen pun.. *Tapi kalau boleh kawen da lama aku ajak dia kawen.. hakhak.. * ,so dia banyak sedarkan aku sikit-sikit tentang realiti..Both of us still struggle to be a better person.. hmm...

    ReplyDelete
  3. Cinta Plu - seutas benang yg sgt halus. Ia perlu dijaga dgn prihatin.Sbb ia boleh putus begitu sahaja. Bila umur sudah meningkat, betul juga perlukan teman sejati selain daripada kawan kawan. Pasal seks tu, hobi plu golongan muda-muda. Fikirkan 20 tahun kemudian, adakah anda sanggup hidup bersendirian? Nasihat aku, seorang yang terlalu sensitif atau cepat cemburu, perlu mencari teman yang sgt tinggi EQnya. Pisah, sambung lagi sbb gaduh, itu rutin yg biasa. Cuma, cinta ni perlu diusahakan dgn pasangan yang compatible. Jika tidak, putus akhirnya. Kita perlu faham istilah PLU ni masih sejenis kesalahan di golongan public. Sokongan itu hanya daripada kamu diri sendiri untuk meneruskan kehidupan. Betul ke? Aku 32, chinese. Great to read this blog. (TT)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my blog.. :)
      suka ayat tu... 'Cinta PLU - seutas benag yang sangat halus...
      Cinta PLU takkan pernah diiktiraf dan memang x layak diiktiraf- KENYATAAN REALITI .. hahak..
      Betul-betul,kalau terlalu cemburu & sensitif boleh menimbulkan banyak masalah,pasangan yang seorang lagi perlu matang kalau dapat pasangan yang jenis mcm ni..contoh terdekat kuat cemburu-aku sendiri... huhu.. Tapi apapun,hubungan ni memang akan ada AKHIR cuma tak tahu bila,..Buat masa ni aku rasa happy ada dia dan biarlah aku buang dia secara perlahan-lahan bukan dengan sekali rentap sebab nanti sendiri yg sakit.. huhu..

      Delete
    2. Ya. Slow slow.

      Delete
  4. Klau xda komitmen ngan sapa2 lbih mudh utk brubh:-P

    Sush sngat2 nk brubh ble da jtuh cinta dlam dnia PLU ni.2 b truth,jtuh cnta...syang 100%,dlam hdup cma ad 'c dia' sorng ja 2 da pn dikategorikn 'wow amazing'

    U noe,most of the PLU seeking for sex.....

    Sy prnah truly fall in love with a guy.cmanya,jmpa dia mse btol2 struggle nk brubh.
    He was a very gud n nice person ever i've met in my life!awl2 fall in luv,sbab keperibadian yg dia ad.
    Tiap2 hr jtuh cnta ngan dia.dok srumh ngan dia...lain2 bilk la.da lma2,pk dlam2.so,sy decided nk kwan bek ngan dia.
    Pernh gak pk 'ko nk try go-on ngan dia x',bila tngok muka dia....duhhh,x into him!hahahaha!
    Seriously,i'm fall in luv with his personality.i'm really2 xinto his physical
    Then,kitaorng gado.ntah r,his reasons turned-out 2 b silly 4 me.
    I don't know y he made a lot of resctiction on me
    As a matter of fact,selepas hmpir 2 taun kitaorng jd rapt dia sush maafkn sy.
    I've nevr told him tat i luv him,as a matter 2 c...klau jd pape kt dia nyawa ni rsany bole mlayng
    Aq xnk roskkn ank orng!
    Aq tkot,gabra,cuak klau ngan ko lahhh:'(

    The thing is,sy xthu da nk mcam mna da
    The most big question in my head 'dia ni gay ke'

    Nape la aq ni samdol sngat!nape bru skrng nmpk...he is a gay!

    Bila nmpk dia ad chemistry ngan kwan yg trang ngaku bi,i felt so damn jealous!

    Nk wt cmne,he's xyours.i am the silly 1 over here.

    He himself also struggling 2 b better.dia juga pernh jtuh cnta kpd sy,bru la sy fham ngan prangai2 dia yg mnyakitkn hati 2.he made a gap so tat he won't do a mistake

    A few day dinner 4 last semester,i saw d way he looked at guy.it's a gay luv.he luv the guy.

    Lpas sbuln lbih dik umah,i'm able 2 clear d cloud in my mind.he is a gay,he's an amateur

    Sy hrap n doakn dia xjadi gay....plez God bless him,i don't really about his past wheter he gay or not.it's jus,plez............dun lead him astray:'( like me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku boleh relate dengan cita ko ni.. I almost felt in love with my coursemate yg merangkap housemate & pernah seroomate.. hahha .. Yang ni before aku kenal si dia laa...

      Tapi mcm ko jugak..aku cuma cintakan 'physical' dia sebab dia cute,tough,, hahah..The physical..sex attraction only..

      Memandangkan dia adalah coursemate merangkap housemate aku,jadi aku telah cuba membenci dia gila-gila supaya aku tak terlajak melakukan 'seswatu yang tak patut' dengan dia mahupun meluahkan 'sesuatu yang awkward' pada dia.. But,somehow aku rasa dia tahu aku sonsang.. Dan akhirnya aku berjaya buang rasa tu jauh-jauh..lagipun aku terfikit macam geli je kalau aku ade sumthing dengan dia sebab kami kenala atas dasar kawan,friendship.. Sekarang ni aku da okey balik dengan dia walaupun x serapat dulu...AKu pun harap dia x sonsang macam aku walaupun aku rasa radar gay aku mengatakan dia sonsang by the way dia cakap tentang lelaki,pandang lelaki dan pernah 'terlepas' beberapa statement 'sonsang' depan aku.. haha.. Best wishes for him dan untuk kawan ko tu jugak dan untuk ko jugak..

      Pasal kapel tu aku pun setuju..bila tiada komitmen dengan sesiapa memang lagi senang berubah..Sebab kita belum ada ikatan hati lagi dengan orang tersebut...Bagi aku,kalau kita tak pernah berkomitmen better tak payah involve dan istiqamah betul2 untuk tarik diri dari dunia PLU ni,at least kta tak terlibat dengan 'aktiviti' yang terlarang.. betul x..macam aku..aku dah agak malang sebab dah terbagi komitmen dan aku sendiri dah terjatuh hati kat dia.. serius memang lagi susah..sebab aku kene fikir hati dia jugak..

      Macam quote yang aku baca kat blog putera ni..
      "Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

      Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..."
      '
      Thanks reading my blog,mari sama-sama kita kuatkan hati ya... :)

      Delete
  5. No lahhh

    Quote:'bila tngok muka dia......xinto him'

    2 msalhny,klaula mint kt fizikal dia...on je da.....:-P

    Hahaha

    Ha,blog aq da lma xupdate...xtaw nk karot apo

    Da dpat idea da,thanx bg inspirasi:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. sesetengah org boleh onn je.. ade mcm aku ni berat skett nak main on..on.. je.. hehek..

      BTW,thanks baca blog aku dan great to hear ko dapat inspirasi dari blog ni. haha..

      Delete
  6. Quote:mari sama2 kita kuatkn hati

    InsyaAllah...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. Niat yang baik selalunya Insya Allah akan ada jalan yang dibuka.. :)

      Delete
  7. nak setia atau tak, itu kena tanya diri sendiri.

    kalau cinta pandang pertama, aku tak rasa akan kekal, mean setia langsung. sebab cinta pandang pertama lebih pada rupa semata. tah la.. aku pun tak reti nak komen. tapi syukur, aku ngan rio dah nak masuk tahun ke 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke En Koko... :( Saya pun tengah mengalami masalah sekarang.Sya rasa sy pernah tengok En Koko & Rio ni kat youtube...Entahlah..saya budak lagi kot..Saya lebih banyak fikir ikot emosi berbanding rasional... :(

      Delete
    2. youtube???
      huh??
      tengok ape tuh??

      Delete
    3. koko & rio yang 4r MGL tu..tu En Koko la kan?? am i wrong? heheh..

      Delete