Followers

Wednesday 2 May 2012

Kaki Ku Tidak Kuat Untuk Ke Situ


Aku rajin pulak nak update blog Hidden Love aku ni.. Walaupun x de follower dan reader pon sendu aje,but i feel happy  sebab aku dapat express perasaan aku! Semalam aku dah mengapproach blog ni ke beberapa blogger lain yang aku ikuti.. Macam ..KDL.. dan blog baru yang aku suka baca PLU Aussie .. Heheh..*Malu nya aku*.. (-..-)'
Aku rasa dekat dengan blog-blog ini.. terutamanya Kisah Dunia Lelaki, dan A PLU in Australia sebab mereka menulis sesuatu yang realistik tentang dunia ni dan apa yang mereka rasa tu aku rasa jugak.. Rasa berdosa terlibat dengan dunia 'PLU' ni,rasa berdosa bila rajin-rajin tangan tengok video-video yang disajikan..Huh!Aku sentiasa rasa sesuatu yang berat dalam hati aku lepas aku tengok video,imej,etc  yang membangkitkan 'rasa',tapi aku masih tidak cukup kuat tuk menjadi raja pada nafsu sendiri.. :(

Aku pernah membincangkan perkara ni dengan 'Si Dia' dan dia faham apa yang aku rasa sebab dia merasakan benda yang sama ..Aku pernah mintak putus dengan dia disebabkan topik 'dosa' ini  dan 2 hari kemudian aku terlalu rindu dia..Rindu kenangan yang telah kami cipta..I send him a message.. 'Saya tak cukup kuat lagi'...

Nak jadi baik bukan mudah.. It takes,blood & tears to change.. Untuk merubah 'selera' aku dan paling sakit untuk melupakan apa yang telah ada antara aku & dia.. :(

Tetapi perjalanan menuju ke arah itu sentiasa ada..Aku yakin aku mampu berubah..Mungkin aku memerlukan seorang ISTERI tetapi aku masih rasa bersalah kerana jika aku beristeri pun , malangnya isteri aku itu bersuamikan lelaki yang macam aku .. :(

Setiap kali aku memikirkan tentang ini ,  Aku semakin takut dengan realiti kerana aku terlalu lama di dalam fantasi.. :(

2 comments:

  1. topik yg amat gempak..

    'plu nk beristeri atas alasan nak berubah..'

    entah, aku pun x tahu sama ada patut or x.. aku rasa ko patut baca post aku yg brtajuk 'Gay and Senses' dan 'Gay and 1% to Love'..

    aku x tahu sama ada ini adalah jln penyelesaian yg trbaik.. tp klu betul2 nk try berubah dgn ada isteri, niat mesti lah kerana Allah.. skali dah buat pilihan mcm tu, ko memang patut tegas pd diri ko utk melupakan dunia PLU ni.. of course x boleh nk jd straight tp try to tinggalkn 'gay life'..

    aku ada kwn blogger yg dh brkahwin.. tp dlm masa yg sama still buat seks dgn lelaki lain.. rasa brsalah x?? isteri bukan main syg pd kita, tp diri buat onar dgn org lain.. lelaki pula tu.. bukan sbb kwn blogger aku tu x rasa brsalah, tp memang susah nk tinggal kn 'plu life'...

    btw, thanks sbb suka baca blog aku..

    #aku x jumpa button follow lah kat blog ni.. mcm mana nk follow??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah..aku pun tak tau..hahha.. takpela..ko bace je..naty boleh follow ko follow la.. :p
      btw hepi ko respon baca blog aku..
      hmm.. PLU nak beristeri x salah bagi aku..tapi kene kuatkan hati betul2... ramai kata once PLU olwayz PLU tapi aku yakin kalau niat kita berubah kerana ALLAH SWT dan betul2 nak menyucikan diri aku rasa ada jalan..Allah SWT akan bhuka jalan untuk kita.. Tapi the rest kita sendiri kene ada inisiatif..Tapi kenyataan nya memang susah la... SANGAT SUSAH! Tapi kalau x cuba mana tahu.. Aku x setuju kalau PLU nak beristeri untuk menutup 'bau' diorang sebab tu sangat hina bagi aku,yang jadi mangsa wanita.. tapi kalau ia boleh membantu apa salahnya,tapi kene tetapkan hati betul2 la! Bukan senang nak jadi baik kan.. huhu..

      Delete