Followers

Wednesday 2 May 2012

Yang Aku Mahu..


Yang aku mahu dalam hubungan cinta sesama jenis ini hanyalah kasih sayang dari dia.. Kerana aku telah jatuh teruk tiap kali berhadapan dia.. Aku tidak menafikan keperluan seks..Ia perlu..Tapi ia hanya akan berlaku apabila ada rasa sayang itu...Aku pernah cuba untuk melakukan dengan golongan sejenis aku yang aku tidak kenali sebaiknya,tapi ia tak pernah berjaya.. Kerana bagi aku seks hadir selepas sayang...Dan aku harap dapat mempertahankan prinsip ini selamanya..

Yang aku mahu dalam hubungan cinta sesama jenis ini hanyalah keindahan sementara.. Suatu waktu,suatu detik akan tiba masanya aku perlu kuat berpaling dari dunia ini kerana aku manusia tak selamanya menongkat bumi..Aku tidak mahu terus hidup dengan keji...Namun aku tak pasti adakah aku cukup kuat untuk melupakan rasa itu... Untuk mengtongsampahkan rasa itu jauh-jauh!

Yang aku mahu..Suatu hari nanti aku dan dia masih berkawan walaupun kami tiada 'connection' itu walaupun ramai yang mengatakan ia MUSTAHIL!

Yang aku mahu,suatu hari sebelum ajalku tiba aku sempat sujud bertaubat padanya..Dan aku harus mulakan sekarang walaupun perlahan-lahan kerana realitinya aku tidak tahu bila saat ajal menjemput aku di pintuNya..

No comments:

Post a Comment