Followers

Monday 2 July 2012

Untitled

Assalammualaikum..


Kadang-kadang,aku jadi keliru dengan situasi aku sekarang.Terlalu banyak yang terjadi.Aku dan Is dah tak seperti dulu.
Masuk bulan Julai ini sudah cukup 3 bulan aku tak berjumpa dengan dia.Dan cukup 3 bulan ini juga hubungan kami makin hambar.
Mesej yang jarang masuk dalam inbox,call yang jarang daftar didalam Log.Aku tak tahu apa situasi kami sekarang.
Dia jarang hubungi aku kalau aku tak hubungi dia,dan mesej dia semua seperti tak berminat untuk berbual dengan aku.Bila aku talifon hanya aku yang lebih banyak bercerita.Dia semakin bosan dengan aku.Tapi dia tak pernah kata  yang dia mahu tinggalkan aku.
Aku rindu dia yang dulu,tapi bila aku katakan yang aku rindu dia yang dulu dia akan kata 'jangan samakan dulu dengan sekarang'.Aku sedih sangat.
Bila aku tanya sama ada dia rindu aku,dia kata 'Ya',
Bila aku tanya sama ada dia sayangkan aku dia cuma kata 'Ya' juga,...
Bila aku tanya bila kita nak jumpa,dia kata 'Entahlah adik'...
Bila aku kata cepatlah jumpa aku,dia cuma kata..'Abang nak buat macam mana?'..
Dia kata dia tak mahu jumpa aku sebab dia malas nak naik bus,penat 10 jam naik bus,..Tapi sebelum ini aku yang banyak datang kepada dia,dan aku tak pernah merungut penat naik bus.
Aku tak tahu apa yang dia mahu dari aku,kalau dia sudah bosan,kenapa dia tak katakan yang dia mahu tinggalkan aku.
Tapi,sebenarnya dalam hati aku sangat sakit dan takut dia tinggalkan aku.
Aku takut aku lebih terjebak dalam dunia PLU ini,Sebab aku rasa lebih selamat dengan dia,aku setia pada dia.J
ika tanya aku sama ada aku sayangkan dia jawapan nya 'Ya!'.Setiap hari aku tak pernah sunyi mengigati segala kenangan kami,
Aku kadang-kadang rasa terjerat.Sebab pada masa yang sama aku cuba untuk melupakan hidup PLU,sangat menyakitkan kehidupan sebegini.
Aku cemburu melihat lelaki-lelaki lain yang mampu bercinta dengan wanita tanpa perasaan songsang.Aku Cemburu!Aku mahukan kehidupan sebegitu.
Aku penat mencintai Is..Aku penat dengan perasaan aku sendiri.Aku penat melawan keinginan sendiri.

Aku harap kawan-kawan di blog ni yang lebih berpengalaman tolong berikan aku nasihat sebab aku sangat-sangat keliru dengan diri aku sendiri.

2 comments:

  1. kita selalu dengar orang cakap cinta PLU ni banyak cabaran dan dugaan. sampai kadang2 kita sendiri cakap benda tu. sedangkan bila kita lalui situasi 'cabaran dan dugaan' tu kita sendiri terlupa tentang 'cabaran dan dugaan' yang kita sebut2kan selalu tu.

    nasihat aku, kita kena sedar situasi keadaan kita yang berbeza dengan lelaki lain. dan kita kena sentiasa sedar bahawa macam2 boleh berlaku dalam dunia PLU. memang sakit bila kecewa. tapi setiap kali kita sakit, kita perlu ingat bahawa itu satu petanda bahawa kita masih lagi punya perasaan. dan kesakitan yang kita lalui itu adalah lebih baik daripada kesakitan yang mungkin kita lalui nanti selepas terlalu banyak kesenangan yang kita lalui sekarang. kita perlu sentiasa sedia dengan apa jua keadaan dan jangan terlalu menderita dengan apa yang berlaku sebab lebih banyak kebahagiaan yang kita perlu cari. terus pandang ke depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu En Erie Black..thanks 4r the words.. :)

      Delete