Followers
Saturday, 26 May 2012
Sukar Bendung Nafsu Sonsang-Harian Metro
Soalan
Saya pegawai pelatih di syarikat perkapalan yang mnjamin masa depan sebaik tamat belajar akhir 2013.Sebenarnya saya lelaki yang tertarik pada lelaki.Walaupun pada zahirnya saya kelihatan normal,hakikatnya saya cenderung meminati pasangan sejenis.Kenalan wanita dilihat menyimpan minat terhadap saya kerana mereka menganggap saya straight.
Namun,saya belum pernah mengadakan hubungan seks sejenis meskipun keinginan itu memang ada.Baru-baru ini,saya ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana urusan rasmi.Kebetulan Ayie,rakan saya yang juga penuntut universiti tempatan,turut bercuti.
Petang itu saya menemuinya selepas 3 tahun meninggalkan alam persekolahan.Memang saya akui sangat menyayangi Ayie sejak sekian lama.
Kami keluar bersama dan saya memujuk Ayie untuk bermalam di hotel yang disediakan syarikat , tetapi Ayie menolak dengan alasan mula bekerja sambilan esoknya.
Ayie bersetuju menemankan saya di hotel seketika sebelum keluar semula untuk makan malam.Saya memeluk dan mencium Ayie untuk melepaskan rindu.Walaupun tidak menolak, dia bercadang mencari teman wanita sebelum mengikuti kursus ijazah.
Alangkah hancurnya hati apabila mendengar hasratnya.Saya terlalu sedih dengan perancangan Ayie untuk mempunyai teman wanita membuatkan saya rasa tersisih.
Demi melupakan Ayie saya kerap bertukar pasangan,namun mereka hanya mahukan wang daripada saya bukan cinta.Bagi saya Ayie adalah segala-galanya kerana dia memahami dan mudah diajak berbincang.
Jawapan
Masalahnya saudara tidak bersedia membuang keinginan atau godaan nafsu yang nyata sonsang.Sedangkan kenalan lelaki saudara yang berfungsi sebagai tempat menyemai benih cinta sudah sedia berhijrah untuk berubah (bagusnya kalau dia betul2 mampu berubah , bukan senangkan)
Mengertilah saudara,terus menjalin hubungan sejenis tidak membawa erti kepuasan sebenar hidup berpasangan. (Setuju!)
Ia ibarat hubungan 'one night stand' dan tiada komitmen.(kurang setuju , hubungan aku bukan sekadar one night stand dan kami ada memberi komitmen dalam hubungan cinta sejenis kami)
Dalam maksud lain,hubungan saudara dengan teman lelaki tidak dapat membina keluarga sebagaimana dinikmati pasangan normal lain (Semestinya!).Lambat laun saudara terpaksa berhadapan situasi yang mana hubungan itu berakhir keseorangan.
Saranan Dang Setia, berfikirlah secara rasional mengenai risiko terus menjalin hubungan sesama jeniss.Saudara bukan sahaja perlu berdepan kemungkinan kehilangan keluarga dan rakan , malah reputasi.
Malah , paling perlu saudara ambil perhatian ialah perbuatan itu jelas dikutuk agana.Larangan bukan bertujuan ingin menyekat atau menyusahkan kehidupan,tetapi berperanan menyelamatkan diri sendiri.
Bukan sahaja Islam, mana-mana agama melarang perbuatan memilih pasangan daripada jantina sama.Malah martabat individu menjalin hubungan sonsang diibaratkan lebih rendah daripada haiwan (Ouch! Kenyataan pedih tapi hakikatnya begitu kan)
Oleh itu ubahlah kecenderungan saudara memilih gandingan lelaki kepada mencari teman wanita (tak semudah yang dikata,dilafaz mahupun ditaip wahai Dang Setia).Asuh hati untuk mengenali wanita dan cuba cari aspek yang anda suka mengenai perempuan (Dang Setia,kamu perlu jadi Gay untuk merasai bagaiman payah kami mahu mencari aspek itu).
Kaburkan mata daripada meneliti lelaki kacak mahupun mereka yang berpotensi mempunyai minat yang sama.Hadkan batasan pergaulan dengan menetapkan larangan menyentuh atau beraksi keterlaluan bersama kenalan lelaki.
Secara tidak langsung,nafsu luar biasa itu dapat dikekang selepas langkah berjaga-jaga diambil. (sekali lagi,x semudah dikata)
*Petikan soalan seorang umat dalam ruangan Ekspresi dalam Harian Metro harini..So apa pula pandangan korang tentang masalah lelaki tersebut and apa pandangan korang tentang maklum balas dari Dang Setia yang cuba membantu lelaki ini..*
Sunday, 20 May 2012
Kelantan!Kelantan!
Assalammualaikum!
Hohoi..aku kat Kelantan skang..dah seminggu lebih da kat cnie.. :) Aku kene praktikal kat Hospital sini..Bosan sudah praktikal..Nak muntah rasa.. Hari-hari menghadap benda yang sama..Tapi bidang aku pilih ni memerlukan keikhlasan hati yang tinggi! So,b4 p keje aku kene bersihkan & ikhlaskan hati dulu.. Heh
Okey,aku rindu 'Si Dia' sangat weyy.. :( Dah berbulan-bulan x jumpe..Aku ajak jumpe ada je yang menjadi kekangan..X da masa la..x cukup duit la..x da cuti la.. :( Huaaa..Nak nangis rasa..Sakit kot rinduu.. :(
Aku x taw nak wat macamana da.. :( 'Si Dia' ni kadang-kadang macam x faham yang aku ni dah separuh mati rindu kat dia! Huh! Gerammnya! Dah la x amek berat sangat pasal aku lagi sekarang ni..
Nak luahkan perasaan je sebenarnya ni ,x boley cita kat kawan2 terpaksa la cita kat blog ni....Hmm.. okeylah..Goodnyte!Aku x boleh tidur malam ni.. :(
*Tajuk entri x de kene mengene pon kan dengan isi..Haha..BTW,budak Klate memey hensem-hensem blake boh,doso tengok lamo-lamo*
Wednesday, 9 May 2012
Matang Dalam Dunia PLU
Seronok baca blog orang yang matang dalam dunia PLU ni ! :)
Kadang-kadang jealous bila ada jenis PLU yang mampu membendung nafsu mereka daripada terlibat lebih jauh..Hmm.. Kalaulah mampu diputar masa macam putar biskut oreo,cicah,jilat...Hahaha..
Tapi.. aku cuba lihat apa yang terjadi kat aku ni mungkin ada hikmah.. Mungkin ni satu ujian yang Allah SWT bagi kat aku,sebab aku rasa dalam kebanyakan hal lain aku boleh dikategorikan manusia yang selalu bernasib baik.. Aku ada family yang sayang gila kat aku, ada kawan-kawan yang best gila dan baik-baik dan sentiasa ingatkan aku ke arah kebaikan, dan ada banyak lagi nikmat yang Dia beri kepada aku.. Tapi, aku telah tersalah 1 langkah dengan memilih untuk terlibat dengan 'Si Dia' yang merupakan satu yang buruk untuk aku..
Tapi kadang-kadang aku fikir.. Better 'Si Dia' datang dalam hidup aku.. At least aku tak jadi macam gay-gay lain yang lebih 'whore'.. heheh,...Lagipon dia banyak ajar aku benda yang positif..Cuma yang negatif ada pada kami adalah 'hubungan terlarang' tu.. Aigoo!! Macamani.. Aku kadang-kadang tak faham dengan apa yang aku rasa ,mungkin sebab hati aku tak tetap lagi kot.. Hmm... Satu lagi mungkin sebab aku masih muda,masih belasan tahun menyebabkan aku tak dapat fikir dengan lebih matang dengan apa yang aku choose untuk selesaikan satu-satu masalah.. Contohnya untuk mengelakkan aku terlibat dengan lebih ramai lelaki gay lain,aku telah memilih untuk kapel dengan Si Dia sebab aku fikir sekurangnya aku cuma lakukan dengan 1 lelaki sahaja,.Tapi still dosa kan??? Hmm.. Tapi aku sayang dia.. Huaaa...Tolong sesiapa yang lebih matang cuba nasihat aku sikit...
Tapi kalau korang kata aku patot tinggalkan dia.. Aku tak sanggup la buat masa ni.. :( Macamana aku nak buat-buat macam okay kalau aku memang sememangnya tak okay kalau dia tak ada..Sebab dia mempengaruhi hampir 70% daripada hidup aku..Dia menyebarkan caj positif dan merupakan pendengar yang baik selain selalu melindungi aku & sayang aku macam abg yang sangat-sangat caring! :(
Cess..cukuplah tu..Sorry kalau entri aku kali ni bak kata orang Terengganu , 'Bolok' ataupun serabut perut..Haha.. Assalammualaikum.. Tak jawab dosa,jawab gatal.. (heh..gurau je)
Friday, 4 May 2012
Hujan
*Hujan rahmat Allah SWT yang membasahkan bumi..menghentikan kegersangan langit..menyejukkan tubuh manusia yang puas di bakar mentari..*
Ya Allah.. aku rindu pada Si Dia yang jauh,pada masa yang sama aku rasa berdosa padaMu Ya Allah...
Apakah rindu aku ini membakar diriku sendiri...Aku tidak meminta hidup sebegini..Aku mendekati 'Si Dia' kerana aku tak sanggup menyalurkan nafsu sonsang ku kepada lebih ramai lelaki..Sekurang-kurangnya aku cuma menyalurkan kepada si dia sahaja..tetapi aku tahu Ya Allah yang dosa tetap dosa tidak akan pernah bertukar menjadi pahala...Dan semestinya tidak pernah akan membawa kebaikan kepada diri ini sendiri...
Ya Allah,aku jujur mencintai Si Dia..Bukankah rasa cinta itu Kau yang cipta untuk HambaMu..Tetapi aku telah meletakkan rasa cinta aku di tempat yang salah Ya Allah.. Aku terlampau menurut kata nafsuku.. Hatiku masih tidak mempu menjadi raja kepada nafsu ku sendiri...
Ya Allah benarkah naluri sonsang ini kau campakkan kepadaku sebagai ujian kepadaku?? Ataukah aku yang terlalu menurut kehendak hati... Adakah kisah silamku aku jadikan alasan untuk terus bergelumang dengan dosa sonsang ini...
Ya Allah walaupun aku mungkin tidak mampu membuang rasa naluri ini...tetapi Kau bantulah aku untuk menjauhkan diriku dari nafsu ini.. Jika perkahwinan akan membantu aku,Kau kirimkanlah seorang wanita yang mampu membimbing aku dan membantu aku keluar dari kecelaruan naluri ini Ya Allah.. Aku bermohon padaMu Ya Allah,sesungguhnya aku bukan hambaMu yang baik..Aku tidak menjaga pandanganku , lisan ku , pendengaran ku... Kau tariklah aku perlahan-lahan Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini...
Ya Allah , aku bermohon pada Mu , kau bantulah juga Si Dia Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini , kerana aku sayang kan dia dan aku tidak mahu dia tersesat jauh dari landasan Mu ... Kau bantulah kami Ya Allah... HambaMu berharap Kau masih memandang kami dengan pandangan kasih sayang Mu.. Kau bantulah kami Ya Allah... Kau pandulah kami Ya Allah...
*Terima kasih Hakimi... blog kamu sangat membantu aku.. :( *
Thursday, 3 May 2012
Let The Music Speak..
Mama, I found a man
Who loves me and understands
Papa, he's quite a man
He adores me, he's my biggest fan
Papa, he's quite a man
He adores me, he's my biggest fan
And don't get me wrong,
I know he's not perfect in your eyes
But somehow he's flawless in mine
And you may tell me to run, run now
But I can't do that
We're too far down the hole
He's got a hold on my soul
Mama, don't judge me now
I'm not trying to hurt you
I know this won't make you proud
Papa, did I let you down?
Are you ashamed of how your little boy turned out?
You'll see a monster
I see a smile
You say it's danger
And I'm in denial
But somehow I feel so safe right now
So I guess I'm a fool
I'm a fool in love
But I'm willing to stay here
And bask in the glory of his heart
I guess I'm a fool in love
But I'm willing to look so stupid
Till I've had enough
Rihanna-Fool In Love taken from Talk That Talk
*Lirik lagu ni membuat aku timbul perasaan sedih & bersalah...Terutamanya kepada kedua ibu bapaku yang mungkin 'malang' mendapat anak seperti aku..Ampunkan abg mak,ayah.. :( *
*I have change the lyrics a little to suit it with my story..
*I have change the lyrics a little to suit it with my story..
Aku Berharap..
'Sampaikanlah kebaikan walaupun dengan sepotong ayat..'
Aku teringat kata-kata ini hari ni..
Kemudian tiba-tiba aku ingat tentang kisah seorang wanita yang meletakkan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Facebook...Kemudian dia meninggal dunia tanpa sempat membuang semua gambar-gambarnya itu.. Satu hari ibunya bermimpi perempuan itu merayu *or something like that* supaya seseorang tolong buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat kerana dia diazab dikubur memandangkan dosanya akan terus berjalan selagi orang ramai melihat auratnya di laman sosial tersebut walaupun dia tiada lagi di dunia..
Emm..apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya,aku tiba-tiba terfikir..apakah dengan aku menulis blog Hidden Love ini aku akan menggalakkan lebih ramai lagi PLU di luar sana untuk teruskan hidup sonsang ini,atau adakah aku akan menyebabkan mereka terfikir 'tak apa aku PLU hari ni,nanti aku akan berubah jugak'... Duhhh,, Am I doing the right thing here??
Aku harap sangat korang tak rasa digalakkan untuk hidup sonsang ini sebab aku takut mana tahu ajal aku menjemput tiba-tiba dan ada post aku yang 'mungkin menggalakkan' dan tidak sempat aku remove menyebabkan saham dosa aku yang satu ni akan terus melambung tinggi..
Aku harap sangat dengan kewujudan blog ni..kita warga PLU ni akan menjadi a better person step by step bukan semakin teruk ye.. B'coz i'm tryin to be one better person too.. Dan aku harap kisah aku & 'Si Dia' tidak akan jadi inspirasi kepada korang untuk bercinta sonsang (mana tahu kann..).... Aku cuma nak memberi contoh mudah kepada apa yang aku sampaikan..
Aku harap sangat sesiapa yang membaca blog Hidden Love ini mendapat mesej yang positif dan dapat terus membaiki diri step by step..*walaupun baby step*... Aminn...
Wednesday, 2 May 2012
Setiakah Cinta PLU..
Kesetiaan bukan senang untuk diukur semestinya..Hanya hati sendiri yang tahu sama ada kita betul-betul setia kepada pasangan atau tak...
Cinta PLU ada kesetiaan kah sebenarnya?
Aku ragu-ragu tentang kesetiaan dalam perhubungan cinta taboo ini.. Aku sendiri selalu takut 'Si Dia' melayan yang lain selain aku memandangkan jarak yang memisahkan kami.. Di pihak aku buat masa ini,aku masih lagi hanya 'memandang' dia.. Mungkin kerana aku memang jenis manusia yang begitu.. Bila aku sayang seorang aku nampak seorang sahaja.. Bukan nak kata aku tiada 'rasa' bila melihat lelaki-lelaki lain yang kadang-kadang lebih tampan dari 'Si Dia'..rasa itu ada tapi ia umpama angin berlalu..singgah sebentar cuma.... Berbeza dengan 'rasa' yang aku ada untuk dia,.. Apa yang selalu buat aku ragu-ragu kepada dia..Pertama ,ramai 'friend list' dia terdiri daripada golongan PLU sedangkan aku cuma ada 2 orang sahaja yang memang memang rakan aku dari zaman sekolah..Aku tak pernah 'menambah' golongan PLU dalam 'friend list' aku kerana aku memang bukan jenis PLU yang begitu! Kedua kerana dia selalu travel pergi universiti-universiti luar dari kampusnya,rangkaian rakan dia agak besar tambahan lagi 'Si Dia' jenis yang ramah.. Aku selalu cemburu..Dan dia juga ada rasa cemburu bila ada lelaki yang memandang aku ataupun nampak aku terlampau rapat dengan satu-satu lelaki..(aku rasa happy kalau dia cemburu)...
Aku tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada dia..Dan bila bercinta aku cube pegang prinsip tidak menyerahkan 100% hati sebaliknya tinggalkan sedikit untuk diri sendiri agar bila terluka aku masih mampu berdiri...
Berbeza dengan kesetiaan,aku mengaku,boleh dikatakan 98% aku setia kepada dia dan 2% lagi goyah kesetiaan bila aku terlalu cemburu padanya ataupun dia terlampau sibuk dengan urusan kerjanya..Hahak..
'Si Dia' sendiri kurang percaya kepada kesetiaan ..Tapi.. diam-diam hubungan kami hampir 2 tahun sudah..Dan aku percaya ia berlanjutan sepanjang ini atas dasar SETIA, 50% KEPERCAYAAN dan 100% SAYANG!Bukan kami tidak pernah bergaduh,.,..*banyak kali*... bukan tak pernah keluar kata bosan.. * 2,3 kali*... tapi bila kami cuba menjauh antara satu sama lain kami tak mampu..yang pastinya aku sendiri tak mampu..Aku mengaku sayang dia..Aku faham bagaimana dikatakan Cinta Itu Buta..
Banyak pendapat golongan PLU yang aku baca sama ada di blog atau mana-mana jua mengatakan susah untuk golongan PLU setia! Benarkah? Mungkin ya... Kerana 'Si Dia' pernah kata .. " Kita dikira lama bersama dalam tempoh 2 tahun ini kalau ikut tempoh hubungan golongan PLU"...Haha,..
Tapi realitinya,sejauh mana pun kita cuba setia..hubungan cinta sebegini perlu ada noktah!titik!fullstop! juga satu hari nanti kerana aku tak mahu selamanya berada di dalam arena perjudian hati,minda dan akal ini!
Subscribe to:
Comments (Atom)





