Followers
Friday, 8 June 2012
Dont Start The Fire
For all the reader terutamanya yang ada nafsu kepada lelaki tapi tak pernah lagi walau sekalipun terlibat dengan hubungan cinta sesama lelaki..Better watch ur back...
STOP yourself from being dumb and start a new life..Since korang tak pernah lagi terlibat better menjauhkan diri..Believe me!It is wayyyyyyyyyyyyyy better that way...
Because gay love hurt!Like a thousand knife stab in ur chest... :(
Bila kau tahu yang orang yang kau cinta takkan pernah kau miliki macam angan-angan mat jenin!Akhirnya jatuh ke tanah diri sendiri yang sakit.Percayalah!Aku dah rasa... Sakit sangat!
Mungkin aku belum cukup matang tapi aku masih tak dapat coop dengan environment ini..Kalau diberi peluang sekali lagi aku takkan pernah cuba-cuba mendekati ataupun melayan Is dari awal dulu.Tapi aku sekarang dah terjerat.Dan jerat ni sangat kukuh sampaikan aku luka berjuta kali namun masih tak dapat meloloskan diri aku lagi.
Serahkan hatimu pada Yang Esa, serahkan tubuhmu pada yang halal dan percayalah kau akan lebih bahagia!Jangan jatuh dalam perangkap ciptaan sendiri!
Friday, 1 June 2012
GayDar aka Gay Radar
Assalammuailaikum..
Aku tengah cuti ulangkaji sekarang ni..Memandangkan dah lama tak balik kampung,so aku decide untuk menghabiskan cuti ulangkaji aku kat rumah aje..Memang aku tak buka buku langsung la..Haiz...
So,semalam aku pergi la berjalan-jalan dekat Dataran Pahlawan,pergi tengok wayang,pergi jalan-jalan A'Famosa,etc...Then aku nampak sepasang lelaki ni beli aiskrim McD..Heheh..Dan entah kenapa aku dapat merasakan yang mereka adalah pasangan gay dari cara mereka bercakap , berbalas senyum , cara dia pegang bahu lelaki lagi sorang tu..Teringat jalan-jalan dengan Is..Aisey..Rindulah!
Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya pasal radar gay..Korang yang sama jenis macam aku ni (macam kita ni spesies apa je kann..) pernah tak rasa macam tu..Mestikan!Kita macam dapat detect orang tu sonsang daripada cara dia..Mungkin cara dia berpakaian,cara dia berjalan, atau even cara dia pandang & senyum kat kita..Aku boleh katakan gay radar aku berfungsi 90% tepat..heheh..Hati aku akan terdetik sesuatu yang lain bila aku dekat dengan golongan PLU ni..
So,adakah gay radar ni dibuktikan dengan sains!Definitely YES! Hhaha..Aku baru tahu sebenarnya..Aku tak sangka pulak memang ada orang buat research..So ni antara finding aku dari Encik Wiki ..
"Gaydar (a portmanteau of gay and radar) is a colloquialism referring to the intuitive ability of a person to assess others' sexual orientations as gay, bisexual, or straight. Gaydar relies almost exclusively on non-verbal clues and LGBT stereotypes. These include (but are not limited to) the sensitivity to social behaviors and mannerisms; for instance, acknowledging flamboyant body language, the tone of voice used by a person when speaking, overtly rejecting traditional gender roles, a person's occupation and grooming habits."
"A number of scientific studies have been conducted to test whether gaydar is real or just a popular myth. Perhaps the earliest study[5]asked people to judge sexual orientation from video clips, with results concluding that it was a myth. A later and more rigorous study published in a prestigious psychology journal showed that people could accurately judge sexual orientation"
"individual facial features (just the eyes) can sometimes give enough information to tell whether a man or woman is gay, straight, or lesbian"
" People seem not to know that they have gaydar, though.[12] Gay men have better gaydar than straight men[16] and women have better gaydar when they are ovulating"
Dan banyak lagilah...hehe..Korang bolehlah baca kat sini!Kelakar jugak kan...So,lepas ni apakata bila kita ada rasa gaydar kita kat seseorang tu kita terus tanya "Kau ni gay aeh?Aku boleh bau!" hakhak..
Apapun , jangan lupa terus memperbaiki diri kita hari demi hari,.Mungkin satu hari nanti kita boleh hidup aman tanpa gaydar..sebab bagi aku ia agak menyusahkan..Hmm..Hahhaa... Selamat Berjuang semua! :)
Tuesday, 29 May 2012
Benarkah Ini Cinta?
Assalammualikum...
Ada tak pembaca blog ni yang pernah bercinta...Tak kisah lah dengan lelaki atau perempuan..
Sebab,aku terkeliru..Apakah yang aku rasa pada Is (Si Dia) adalah cinta...
Sebab jika ia adalah cinta,Allah SWT akan menghadirkankah rasa cinta aku kepada sesama lelaki juga?
Tapi kalau ini bukan cinta , ia adalah apa? Huhu...
Ciri-ciri orang bercinta tu semua ada pada aku dan dia...Sayang,cemburu, merajuk,cakap I Love U, buat benda-benda sweet macam pasangan heteroseksual yang lain dll... Tapi selama tempoh kami bercinta ini tak da lah kami menetapkan dia sebagai suami atau aku rasa aku ni macam isteri...Agak gei bagi aku... Apa yang kami rasa , kami sayang masing-masing.... Kami rindu bila jauh...Kami cemburu bila ada yang cuba rapat pada pasangan kami...Kami merajuk bila dia tak mesej atau tak call sehari suntuk...Kami ingat dia dari celik mata sampai tertidur...
Cinta Homoseksual dan Heteroseksual bagi aku lebih kurang sama saje...Bezanya cinta Homo perlu sembunyi-sembunyi dan berdosa...Tapi rasa cinta itu berdosakah?Berdosalah kan...Sebab kita sebagai manusia yang diberikan akal sepatutnya tahu pada siapa kita patut meletakkan rasa cinta kita..Patutkah kita salahkan naluri ataupun kisah silam dalam hal ini? Aku keliru sebab kalau dikatakan salah naluri , benarkah Allah SWT sengaja menciptakan naluri homo pada diri kita ini atau kita sendiri yang terikut-ikut kata hati..Bukan kah naluri lelaki itu memang menginginkan wanita dan vice versa...Adakah salah kisah silam,sebab bukankah kita sentiasa ada peluang untuk perbaiki diri dan jauhi insiden 'pisang berbuah dua kali'?
Dan kalau aku katakan aku cintakan Is..betul ke aku cinta sebenarnya ataupun apa?Aku sendiri tak tahu..(Tapi aku memang sayang dia)..Sebab kalau cinta..betul ke lelaki sama lelaki itu boleh dikatakan cinta atau kita sendiri terlampau terpengaruh dengan budaya asing yang cuba menjadikan benda tu satu yang relevan...
How I wish aku ni seorang lelaki yang normal..tak ada perasaan lain bila memandang lelaki lain..Aku jelaous sangat dengan mereka yang straight dan aku x bangga langsung aku homo...
Saturday, 26 May 2012
Sukar Bendung Nafsu Sonsang-Harian Metro
Soalan
Saya pegawai pelatih di syarikat perkapalan yang mnjamin masa depan sebaik tamat belajar akhir 2013.Sebenarnya saya lelaki yang tertarik pada lelaki.Walaupun pada zahirnya saya kelihatan normal,hakikatnya saya cenderung meminati pasangan sejenis.Kenalan wanita dilihat menyimpan minat terhadap saya kerana mereka menganggap saya straight.
Namun,saya belum pernah mengadakan hubungan seks sejenis meskipun keinginan itu memang ada.Baru-baru ini,saya ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana urusan rasmi.Kebetulan Ayie,rakan saya yang juga penuntut universiti tempatan,turut bercuti.
Petang itu saya menemuinya selepas 3 tahun meninggalkan alam persekolahan.Memang saya akui sangat menyayangi Ayie sejak sekian lama.
Kami keluar bersama dan saya memujuk Ayie untuk bermalam di hotel yang disediakan syarikat , tetapi Ayie menolak dengan alasan mula bekerja sambilan esoknya.
Ayie bersetuju menemankan saya di hotel seketika sebelum keluar semula untuk makan malam.Saya memeluk dan mencium Ayie untuk melepaskan rindu.Walaupun tidak menolak, dia bercadang mencari teman wanita sebelum mengikuti kursus ijazah.
Alangkah hancurnya hati apabila mendengar hasratnya.Saya terlalu sedih dengan perancangan Ayie untuk mempunyai teman wanita membuatkan saya rasa tersisih.
Demi melupakan Ayie saya kerap bertukar pasangan,namun mereka hanya mahukan wang daripada saya bukan cinta.Bagi saya Ayie adalah segala-galanya kerana dia memahami dan mudah diajak berbincang.
Jawapan
Masalahnya saudara tidak bersedia membuang keinginan atau godaan nafsu yang nyata sonsang.Sedangkan kenalan lelaki saudara yang berfungsi sebagai tempat menyemai benih cinta sudah sedia berhijrah untuk berubah (bagusnya kalau dia betul2 mampu berubah , bukan senangkan)
Mengertilah saudara,terus menjalin hubungan sejenis tidak membawa erti kepuasan sebenar hidup berpasangan. (Setuju!)
Ia ibarat hubungan 'one night stand' dan tiada komitmen.(kurang setuju , hubungan aku bukan sekadar one night stand dan kami ada memberi komitmen dalam hubungan cinta sejenis kami)
Dalam maksud lain,hubungan saudara dengan teman lelaki tidak dapat membina keluarga sebagaimana dinikmati pasangan normal lain (Semestinya!).Lambat laun saudara terpaksa berhadapan situasi yang mana hubungan itu berakhir keseorangan.
Saranan Dang Setia, berfikirlah secara rasional mengenai risiko terus menjalin hubungan sesama jeniss.Saudara bukan sahaja perlu berdepan kemungkinan kehilangan keluarga dan rakan , malah reputasi.
Malah , paling perlu saudara ambil perhatian ialah perbuatan itu jelas dikutuk agana.Larangan bukan bertujuan ingin menyekat atau menyusahkan kehidupan,tetapi berperanan menyelamatkan diri sendiri.
Bukan sahaja Islam, mana-mana agama melarang perbuatan memilih pasangan daripada jantina sama.Malah martabat individu menjalin hubungan sonsang diibaratkan lebih rendah daripada haiwan (Ouch! Kenyataan pedih tapi hakikatnya begitu kan)
Oleh itu ubahlah kecenderungan saudara memilih gandingan lelaki kepada mencari teman wanita (tak semudah yang dikata,dilafaz mahupun ditaip wahai Dang Setia).Asuh hati untuk mengenali wanita dan cuba cari aspek yang anda suka mengenai perempuan (Dang Setia,kamu perlu jadi Gay untuk merasai bagaiman payah kami mahu mencari aspek itu).
Kaburkan mata daripada meneliti lelaki kacak mahupun mereka yang berpotensi mempunyai minat yang sama.Hadkan batasan pergaulan dengan menetapkan larangan menyentuh atau beraksi keterlaluan bersama kenalan lelaki.
Secara tidak langsung,nafsu luar biasa itu dapat dikekang selepas langkah berjaga-jaga diambil. (sekali lagi,x semudah dikata)
*Petikan soalan seorang umat dalam ruangan Ekspresi dalam Harian Metro harini..So apa pula pandangan korang tentang masalah lelaki tersebut and apa pandangan korang tentang maklum balas dari Dang Setia yang cuba membantu lelaki ini..*
Sunday, 20 May 2012
Kelantan!Kelantan!
Assalammualaikum!
Hohoi..aku kat Kelantan skang..dah seminggu lebih da kat cnie.. :) Aku kene praktikal kat Hospital sini..Bosan sudah praktikal..Nak muntah rasa.. Hari-hari menghadap benda yang sama..Tapi bidang aku pilih ni memerlukan keikhlasan hati yang tinggi! So,b4 p keje aku kene bersihkan & ikhlaskan hati dulu.. Heh
Okey,aku rindu 'Si Dia' sangat weyy.. :( Dah berbulan-bulan x jumpe..Aku ajak jumpe ada je yang menjadi kekangan..X da masa la..x cukup duit la..x da cuti la.. :( Huaaa..Nak nangis rasa..Sakit kot rinduu.. :(
Aku x taw nak wat macamana da.. :( 'Si Dia' ni kadang-kadang macam x faham yang aku ni dah separuh mati rindu kat dia! Huh! Gerammnya! Dah la x amek berat sangat pasal aku lagi sekarang ni..
Nak luahkan perasaan je sebenarnya ni ,x boley cita kat kawan2 terpaksa la cita kat blog ni....Hmm.. okeylah..Goodnyte!Aku x boleh tidur malam ni.. :(
*Tajuk entri x de kene mengene pon kan dengan isi..Haha..BTW,budak Klate memey hensem-hensem blake boh,doso tengok lamo-lamo*
Wednesday, 9 May 2012
Matang Dalam Dunia PLU
Seronok baca blog orang yang matang dalam dunia PLU ni ! :)
Kadang-kadang jealous bila ada jenis PLU yang mampu membendung nafsu mereka daripada terlibat lebih jauh..Hmm.. Kalaulah mampu diputar masa macam putar biskut oreo,cicah,jilat...Hahaha..
Tapi.. aku cuba lihat apa yang terjadi kat aku ni mungkin ada hikmah.. Mungkin ni satu ujian yang Allah SWT bagi kat aku,sebab aku rasa dalam kebanyakan hal lain aku boleh dikategorikan manusia yang selalu bernasib baik.. Aku ada family yang sayang gila kat aku, ada kawan-kawan yang best gila dan baik-baik dan sentiasa ingatkan aku ke arah kebaikan, dan ada banyak lagi nikmat yang Dia beri kepada aku.. Tapi, aku telah tersalah 1 langkah dengan memilih untuk terlibat dengan 'Si Dia' yang merupakan satu yang buruk untuk aku..
Tapi kadang-kadang aku fikir.. Better 'Si Dia' datang dalam hidup aku.. At least aku tak jadi macam gay-gay lain yang lebih 'whore'.. heheh,...Lagipon dia banyak ajar aku benda yang positif..Cuma yang negatif ada pada kami adalah 'hubungan terlarang' tu.. Aigoo!! Macamani.. Aku kadang-kadang tak faham dengan apa yang aku rasa ,mungkin sebab hati aku tak tetap lagi kot.. Hmm... Satu lagi mungkin sebab aku masih muda,masih belasan tahun menyebabkan aku tak dapat fikir dengan lebih matang dengan apa yang aku choose untuk selesaikan satu-satu masalah.. Contohnya untuk mengelakkan aku terlibat dengan lebih ramai lelaki gay lain,aku telah memilih untuk kapel dengan Si Dia sebab aku fikir sekurangnya aku cuma lakukan dengan 1 lelaki sahaja,.Tapi still dosa kan??? Hmm.. Tapi aku sayang dia.. Huaaa...Tolong sesiapa yang lebih matang cuba nasihat aku sikit...
Tapi kalau korang kata aku patot tinggalkan dia.. Aku tak sanggup la buat masa ni.. :( Macamana aku nak buat-buat macam okay kalau aku memang sememangnya tak okay kalau dia tak ada..Sebab dia mempengaruhi hampir 70% daripada hidup aku..Dia menyebarkan caj positif dan merupakan pendengar yang baik selain selalu melindungi aku & sayang aku macam abg yang sangat-sangat caring! :(
Cess..cukuplah tu..Sorry kalau entri aku kali ni bak kata orang Terengganu , 'Bolok' ataupun serabut perut..Haha.. Assalammualaikum.. Tak jawab dosa,jawab gatal.. (heh..gurau je)
Friday, 4 May 2012
Hujan
*Hujan rahmat Allah SWT yang membasahkan bumi..menghentikan kegersangan langit..menyejukkan tubuh manusia yang puas di bakar mentari..*
Ya Allah.. aku rindu pada Si Dia yang jauh,pada masa yang sama aku rasa berdosa padaMu Ya Allah...
Apakah rindu aku ini membakar diriku sendiri...Aku tidak meminta hidup sebegini..Aku mendekati 'Si Dia' kerana aku tak sanggup menyalurkan nafsu sonsang ku kepada lebih ramai lelaki..Sekurang-kurangnya aku cuma menyalurkan kepada si dia sahaja..tetapi aku tahu Ya Allah yang dosa tetap dosa tidak akan pernah bertukar menjadi pahala...Dan semestinya tidak pernah akan membawa kebaikan kepada diri ini sendiri...
Ya Allah,aku jujur mencintai Si Dia..Bukankah rasa cinta itu Kau yang cipta untuk HambaMu..Tetapi aku telah meletakkan rasa cinta aku di tempat yang salah Ya Allah.. Aku terlampau menurut kata nafsuku.. Hatiku masih tidak mempu menjadi raja kepada nafsu ku sendiri...
Ya Allah benarkah naluri sonsang ini kau campakkan kepadaku sebagai ujian kepadaku?? Ataukah aku yang terlalu menurut kehendak hati... Adakah kisah silamku aku jadikan alasan untuk terus bergelumang dengan dosa sonsang ini...
Ya Allah walaupun aku mungkin tidak mampu membuang rasa naluri ini...tetapi Kau bantulah aku untuk menjauhkan diriku dari nafsu ini.. Jika perkahwinan akan membantu aku,Kau kirimkanlah seorang wanita yang mampu membimbing aku dan membantu aku keluar dari kecelaruan naluri ini Ya Allah.. Aku bermohon padaMu Ya Allah,sesungguhnya aku bukan hambaMu yang baik..Aku tidak menjaga pandanganku , lisan ku , pendengaran ku... Kau tariklah aku perlahan-lahan Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini...
Ya Allah , aku bermohon pada Mu , kau bantulah juga Si Dia Ya Allah untuk keluar dari lorong gelap ini , kerana aku sayang kan dia dan aku tidak mahu dia tersesat jauh dari landasan Mu ... Kau bantulah kami Ya Allah... HambaMu berharap Kau masih memandang kami dengan pandangan kasih sayang Mu.. Kau bantulah kami Ya Allah... Kau pandulah kami Ya Allah...
*Terima kasih Hakimi... blog kamu sangat membantu aku.. :( *
Subscribe to:
Posts (Atom)






