Followers

Sunday 26 August 2012

As Gay Life Goes On!

Selamat Hari Raya semua yang membaca blog 'Hidden Love'

Hari  ini dah masuk hari raya yang ke-5.Banyak benda yang berlaku sepanjang Ramadhan.Well,pada akhir-akhir Ramadhan Iz hantar mesej kepada aku dan menkomfirmkan aku telah dia 'CERAIKAN'.Haha..
Sedih?? Perit woo.Aku sayang dia,even sampai harini sayang dia lagi.Tapi,aku bersyukur sebab ianya berlaku dalam bulan Ramadhan.Kalau dalam bulan biasa mungkin aku takkan setabah ni dan mungkin juga aku akan meroyan tak dapat teima hakikat.Aku tengah cuba lupakan Iz.Dan aku yakin Iz dah berjaya lupakan aku.Dia even kata lepas ni dia akan cari lelaki yang lebih tua ataupun sebaya dengan dia supaya dia mungkin lebih happy lepas ni.Walaupun dia tak kata kenapa dia nak cari lelaki dalam ranking tu tapi aku faham maksud dia.Maksudnya dia nak katakan bahawa aku  tidak matang dan terlampau kebudak-budakan.Bila dah hilang sayang macam-macam boleh jadikan,sedangkan masa awal-awal dulu dia suka perangai manja-manja gay aku!Haiz...

I'm struggling now.Untuk lupakan dunia PLU.But unfortunately aku masih lekat kepada beberapa fasa.Fasa yang paling mencabar.. 'SEKS'.. oh uh...Aku dah pernah lakukan 'benda' tu dengan Iz dan siapa yang pernah 'buat' tahukan macamana rasanya dan macam mana susah nya nak kawal nafsu.Even kadang-kadang bila makan pisang pon aku boleh terbayang aku tengah telan benda lain.I Miss the Intimacy between aku dengan Iz dan perasaan rindu tu buat aku rasa berdosa dan malu.Aku selalu merayu pada Allah SWT agar ampunkan dosa aku tapi dalam masa yang sama aku selalu bayangkan 'yang bukan-bukan'.Oh..sakitnya jiwa  & hati ni.Tapi aku akan cuba jugak!Readers,doakan aku ya!Mana tahu ada doa diantara kamu2 yang lekat.

Bercakap tentang perpisahan aku dengan Iz.actually aku rasa lebih tenang sebenarnya.Antara sebab paling utama,aku tak perlu menipu lagi!!Selama berhubungan dengan Iz ramai orang yang aku bohong semata-mata untuk coverline hubungan kami.Hmmm.Aku bersyukur aku tak perlu lagi rasa takut-takut macam dulu lagi.Dan ironinya,baru-baru ni ada seorang 'mamat' yang nak berkenalan dengan aku dan nama dia 'Iz' jugak.Ini bukan cerita rekaan aku.This is not a spam!Hehek.Dan  bila aku bayangkan 'pisang' aku rasa nak teruskan berkenalan dengan dia, tapi dalam pada masa yang sama aku tak nak ulangi lagi benda bodoh yang sama.Aku tak nak pisang berbuah dua kali.Huhu...I try my best to avoid knowing him.Till then,sekali lagi aku ucapkan selamat hari raya dan apa yang baik daripada blog ni korang simpan dan apa yang buruk korang jadikan teladan dan apa yang tak membangunkan minda sila tongsampahkan.. Assalammualaikum!Terus berjuang saudara-saudaraku!

8 comments:

  1. encountered the same problem few months back.am recuperating.hope all is well with you.tc.

    ReplyDelete
  2. selamat berjuang pelik..aku tau ko boleh..pisang berbuah 4,5 kali pun kalo diri sendiri xnak berubah payah gak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye qeMal kalau aku doh cakap nak berubah je tapi still lagi x boleh tinggal benda2 tu memang x guna..sebenarnya tu yang paling aku risaukan..bila semangat nak berubah aku tu gugur macam pasir jatuh ke tanah.. (err perumpamaan tu ntahpape sket.abaikan je,heheh)..Sebab aku sendiri dapat rasakan yang aku ni sangat rapuh lagi..aku kene betul2 istiqamah.. huhuk..

      Delete
  3. Replies
    1. hakimi! lama x komen kat sini..heheh... :)

      Delete