Followers

Friday 20 July 2012

Dunia Gay Perlu Berakhir!

Assalammualaikum kepada semua yang membaca blog ni.Walaupun sudah jarang aku update & isu-isu yang diutarakan agak mengarut disitu.Haha..So,aku & Iz sekarang dah tak macam dulu.Aku tak pasti sama ada kami dah 'clash' atau pon tidak.Yang pasti sekarang no phone call,no messages,no contact.Aku dah delete phone number dia dari contact aku,last aku mesej dia just untuk wish besday dia.Aku semakin redha & dapat menerima keadaan ini.Iz sendiri dah kata yang dia tak tahu sama ada dia sayang aku lagi atau pon tak.Aku sudah merayu dia untuk berjumpa & selesaikan masalah ni,dia tolak dan beri alasan yang dia banyak urusan & tiada duit.Selain tu dia marah-marah aku lagi dan aku rasa cukuplah..Ramadhan pun akan menjelma.Maybe this is the right time,maybe ALLAH SWT nak bukakan jalan untuk aku.Instead of aku rasa sedih sangat dengan keadaan ini tapi bila aku fikir balik,aku patut happy sebenarnya,aku dah tak perlu lagi hidup bergelumang dengan dosa ini.

Honestly,aku sangat takut dengan perpisahan ini,aku takut yang aku tidak cukup kuat & aku sendiri sayang sangat dekat Iz.Tapi seperti yang aku katakan dulu,sayang dalam perhubungan PLU ini tidak akan sampai ke mana.Yang ada cuma seksa.Ya,memang seksa cinta sejenis.Dan bila dalam keadaan sekarang aku sendiri dapat merasakan sedikit ketenangan & kebebasan.Aku harap dengan kehadiran bulan Ramadhan ini akan membukakan pintu hati aku untuk berubah seterusnya meneguhkan lagi prinsip & pegangan aku untuk terus menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.Aku yakin andai betul-betul satu hari nanti bila Iz mengatakan yang dia betul-betul mahu melepaskan aku,aku akan jadi lebih tabah.Aku tak akan mencari cinta lelaki lagi.Sebab aku tahu menjadi PLU itu bukan takdir!Aku yakin!Allah SWT tak pernah mentakdirkan seseorang itu jadi apa yang dia laknati!Aku cuma tersesat & terkeliru dengan kata hati,terlalu menurut nafsu sonsang yang akhirnya menghancurkan diri aku sendiri.D

Aku mengharapkan jodoh yang baik untuk diri aku.Aku harap suatu masa nanti akan ada seorang wanita yang mengetuk pintu hati aku & mampu bersama-sama membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya.Walaupun aku mungkin tak layak untuk mendapat seorang wanita yang baik,tapi aku yakin & berpegang teguh kepada janji Allah SWT.Jika aku berniat dan berusaha ke arah kebaikan,DIA akan mempertemukan aku dengan orang-orang yang baik-baik,dan DIA akan melorongkan aku ke arah jalan yang baik.Mungkin aku akan diuji,tapi ia cuma sebagai tanda kasih-NYA kepada hambaNYA.Lelaki itu diciptakan untuk perempuan dan sebaliknya,jadi aku yakin & pasti yang masih ada nafsu kepada perempuan dalam diri aku cuma kau sendiri menghijabkannya.Aku yakin!

Aku sayangkan Iz,dan aku harap Allah SWT akan membantu dia juga untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik,Aku mahu dia bahagia dan aku harap Allah SWT akan mempertemukan jodoh yang baik juga untuk dirinya!Aku tahu Iz seorang lelaki yang baik dan aku harap kami berdua akan masih dipandang oleh Allah SWT.Aku ingin berubah,Aku tak mahu ibu bapaku bersedih dengan realiti hidup aku ini,aku tak mahu sampai mereka tahu siapa aku sebenarnya,aku tak mahu kawan-kawan yang aku sayang tinggalkan aku apabila mereka tahu sisi hitam hidupku.Permudahkanlah jalanku Ya-Allah..sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini,aku harapkan sesuatu yang lebih baik terjadi pada diriku!Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday 2 July 2012

Untitled

Assalammualaikum..


Kadang-kadang,aku jadi keliru dengan situasi aku sekarang.Terlalu banyak yang terjadi.Aku dan Is dah tak seperti dulu.
Masuk bulan Julai ini sudah cukup 3 bulan aku tak berjumpa dengan dia.Dan cukup 3 bulan ini juga hubungan kami makin hambar.
Mesej yang jarang masuk dalam inbox,call yang jarang daftar didalam Log.Aku tak tahu apa situasi kami sekarang.
Dia jarang hubungi aku kalau aku tak hubungi dia,dan mesej dia semua seperti tak berminat untuk berbual dengan aku.Bila aku talifon hanya aku yang lebih banyak bercerita.Dia semakin bosan dengan aku.Tapi dia tak pernah kata  yang dia mahu tinggalkan aku.
Aku rindu dia yang dulu,tapi bila aku katakan yang aku rindu dia yang dulu dia akan kata 'jangan samakan dulu dengan sekarang'.Aku sedih sangat.
Bila aku tanya sama ada dia rindu aku,dia kata 'Ya',
Bila aku tanya sama ada dia sayangkan aku dia cuma kata 'Ya' juga,...
Bila aku tanya bila kita nak jumpa,dia kata 'Entahlah adik'...
Bila aku kata cepatlah jumpa aku,dia cuma kata..'Abang nak buat macam mana?'..
Dia kata dia tak mahu jumpa aku sebab dia malas nak naik bus,penat 10 jam naik bus,..Tapi sebelum ini aku yang banyak datang kepada dia,dan aku tak pernah merungut penat naik bus.
Aku tak tahu apa yang dia mahu dari aku,kalau dia sudah bosan,kenapa dia tak katakan yang dia mahu tinggalkan aku.
Tapi,sebenarnya dalam hati aku sangat sakit dan takut dia tinggalkan aku.
Aku takut aku lebih terjebak dalam dunia PLU ini,Sebab aku rasa lebih selamat dengan dia,aku setia pada dia.J
ika tanya aku sama ada aku sayangkan dia jawapan nya 'Ya!'.Setiap hari aku tak pernah sunyi mengigati segala kenangan kami,
Aku kadang-kadang rasa terjerat.Sebab pada masa yang sama aku cuba untuk melupakan hidup PLU,sangat menyakitkan kehidupan sebegini.
Aku cemburu melihat lelaki-lelaki lain yang mampu bercinta dengan wanita tanpa perasaan songsang.Aku Cemburu!Aku mahukan kehidupan sebegitu.
Aku penat mencintai Is..Aku penat dengan perasaan aku sendiri.Aku penat melawan keinginan sendiri.

Aku harap kawan-kawan di blog ni yang lebih berpengalaman tolong berikan aku nasihat sebab aku sangat-sangat keliru dengan diri aku sendiri.